Kesayangan GincoMerahJambu

Saya Dah Jadi Mama


Assalamualaikum..

hai korang!!!!!

tahu-tahu dah lebih setahun langsung tak update apa-apa kat blog ni tetiba masuk nak cerita pengalaman bersalin lepastu langsung tak penah share gambar kawen gambar pregnant tetiba bersalin. tehee 

Alhamdulillah syie mazlan yang suka update blog dulu-dulu dah jadi mama, dah ada anak. cepat betul masa berlalu dan walaupun blog ni tak berupdate, fan page apatah lagi tapi masih ada follower baru sudi dan page likers yang sudi. i iz terharu

.........................................

25/8/2014

Alhamdulillah syie selamat lahir kan baby boy tepat 3.17min petang, mengadung adalah pengalaman berharga tapi lebih berharga dan bermakna bergelar seorang ibu, and my baby dah nak masuk 4 bulan pun. dah boleh manage masa dengan baik baru boleh masuk blog balik

Sepanjang pregnancy  Alhamdulillah tak ada alahan, tak ada mengidam yang bebukan, tak ada perangai pelik melik. tapi dugaan bermula masa bulan terakhir kehamilan. ALLAH, perit betul rasa sebulan terakhir tu, 

mungkin sebab mudah nak mengandung mudah perjalanan mengandung, dugaan datang masa bulan terakhir

asyik keluar masuk hospital. tapi Alhamdulillah semuanya selamat sakit bersalin tak lama mana dan yeay!! normal delivery 


my healthy and fluffy boy 
3.3kg 
(fuh!)

lepas tu berpantang walaupun seksaaa tapi Alahmdululillah demi kesihatan, bentuk badan dan cara jalan yang betul balik..berjaya jugak harungi. tapi tak ada lah pantang kawkaw tu, pantang biasa makan set bersalin nona roguy, pakai bengkung lilit yang 12 meter, bertungku, urut , makan nasi banyak-banyakkkkkkk sebab breastfeeding melaparkan sungguh.

and now


muhammad rayyan arish bin zulhelmi 

dah empat bulan dan Alhamdulillah membesar dengan sihat!



selepas ni mungkin blog ni dah macam blog emak-emak, maap saya dah hilang minat dengan makeup, asal berhias muka tak pucat sudah. minat tu..erm.. hilang sendiri sebab rasa confident macam ni.

hugs!

XOXO

3 comments:

Unknown said...

Hye muhammad rayyan arish.. sedap nama ni. Apa ya maksudnya?

YatieOwner said...

patutlah lama tak nampak :)
syukur alhamdulillah :)

Maria Hasun said...

comelnya dia. . sihat badan pandai ibu jaga