Kesayangan GincoMerahJambu

A LITTLE about Malacca History

assalamualaikum..

firstly aku nak ucap..selamat kembali kesekolah adik-adik! korang mesti tak puas cuti-cuti malaysia kan? bukan korang je yang tak puas bercuti taw..cekgu-cekgu korang pon bukan puas cuti tu..hahah..

hari ini mari kita belajar sedikit sejarah tentang melaka yang biasanya dalam buku teks sejarah korang bukan meluas sangat cerita pasal ni..dalam buku sejarah yang kita belajar tu semua pasal pahlawan-pahlawan dan zaman penjajahan..

tapi itulah apa yang sepatutnya kita belajar..betapa susahnye perjuangan tokoh-tokoh dulu-dulu..

hari ini mari kita belajar mengenai PERIGI HANG TUAH!

HANG TUAH:
pahlawan yang terkenal semasa zaman kesultanan melayu melaka! ade dalam buku teks sejarah korang tu! akak malas citer banyak-banyak (padahal tak ingat)


Perigi Hang Tuah
gambar curik!

mase aku pergi ni dah malam

ini lah yang dinamakan PERIGI HANG TUAH

PERIGI Hang Tuah ini terletak di Kampung Duyong dan mengikut sejarah Hang Tuah yang dilahirkan di kampung ini telah menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan harian beliau sepanjang membesar di kampung ini..

lokasi perigi ini agak tersorok bagi aku kerana ia terletak di tengah-tengah kampung dan bukan di tepi jalan..tapi kalau korang pergi ke melaka mesti akan jumpe sign board ke sini


pada asalnya perigi ini adalah kecil dan orang yang membawa aku kesana cakap ia cuma sebesar tapak kaki hang tuah (benarkah?) tapi lama kelamaan ia menjadi lebih besar dan dalam..dikatakan air di perigi ini tidak pernah kering walaupun pada musin kemarau...

air dalam perigi ini jugak sejuk taw! air dari perigi ini dikatakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit..mase aku pergi tu dah malam jadi memang takde orang lain selain family kitorang..jadi memang tak lepas lah peluang try air ini..


mak aku tengah try air dari perigi ini

cerita mistik mengenai perigi ini pulakk!

ade yang cakap dekat perigi inilah tempat tinggal roh hang tuah yang menjelma sebagai buaya putih akan tetapi orang biasa-biasa tak dapat melihat jelmaan buaya ini cuma orang-orang alim sahaja dapat melihat jelmaan nya..

betul atau tidak? mitos atau kenyataan?


"wahai tuan puteri..menjelmalah kau menjadi teman ku"
ekekeke

kegedikkan gambar diatas amatlah di kesali..heheh..

selamat kembali kesekolah adik-adik dan cekgu ALONG!



4 comments:

Botak said...

sebenarnyakan, hang tuah tu betul² wujud ke? macam tak je., hahahaha

GincoMerahJambu said...

tak tau la..tapi macam mitos je..kalau puteri gunung ledang tu mitos..hang tuah?

Aina said...

boleh jadi cekgu sejarah ni...:)

GincoMerahJambu said...

cita2 tak sampai..haha