Kesayangan GincoMerahJambu

5 Group Panduan Makanan Bayi

Assalamualaikum..

antara sebab syie masih aktif dan tak pernah deactive facebook (selain untuk upload gambar dan shopping) ialah facebook bukan sahaja tempat untuk kita tengok activiti kawan-kawan, keep in touch dengan mereka walaupun cuma  "like" gambar dan status.

rindu sayangs i
=,=

tetapi facebook juga ada banyak group untuk kita tambah pengetahuan. nak kawen ade group bride to be, nak mengandung ada group yang sesuai untuk mereka yang "try to convince", masa prengnant ada group untuk kita bertanya/berkongsi/tambah ilmu penjagaan semasa hamil dan berpantang, untuk breastfeed ada kumpulan sokongan juga untuk ibu-ibu yang serius nak menyusukan/pump susu untuk anak. ehhh..apa lagi nak??  

usaha nya cuma, tekan search cari group tekan join group dan sedut lah ilmu yang tersedia :)

tapi hari ini nak fokus pada kumpulan pemakanan untuk bayi kita (read bayi sehingga usia dua tahun) kerana dua tahun pertama adalah paling penting dari segi pemakanan terutamanya. dengan wujudnya kumpulan macam ni ibu-ibu boleh bertukar pendapat, bertanya soalan berkaitan dan paling seronok dapat berkongsi resepi. kadang-kadang resepi baby buat I terliur lalu masak untuk diri sendiri..haha!


ini antara 5 kumpulan panduan makanan bayi yang syie suka (sebab group ni aktif)

sebab bila bertanya mesti ada yang bagi jawapan jadi tak lah bila anak tujuh hari tujuh malam tak poopoo I tak tentu arah atau tiba-tiba anak sembelit I pening ingat "tadi aku suap apa eh kat dia, kesian nak melabur pun sampai keluar air mata"




jangan risau nama je english tapi isi kandungan semua bahasa melayu

group ni menarik sebab owner sendiri rajin upload resepi baru hampir setiap hari, resepi baru makna nya lebih banyak idea nak masak untuk baby kan. Ingat taw, group makanan baby bukan sahaja kita bincang tentang makanan tetapi hal-hal yang berkaitan terutama "first-time-mom" banyak soalan nak tanya dari segi alat yang perlu ada, makanan pertama anak, anak sembelit nak buat apa, anak alergik makanan nak buat apa



yang ini optional, syie join sebab baby syie eczema. jadi boleh tengok apa makanan yang sesuai dan tidak . orang dewasa yang ada masalah eczema pun sesuai join group ni



ini pun group bahasa melayu ye. 

group ni pun favourite jugak sebab banyak resepi menarik compile ikut usia baby dan siap ada information tentang natural remedies (baby demam, batuk atau berkahak) natural dan mudah boleh buat di rumah selain bawa anak ke klinik 



kan dah cakap banyak pilihan group facebook untuk kita join tentang makanan anak, nah..ini resepi makanan baby pun banyak ilmu boleh kutip siap boleh beli buku resepi dekat sini cuma untuk bertanya atau post apa-apa agak lambat sebab admin nak tapis dulu. tapi boleh tambah ilmu jugak.




group yeah,,,bahasa ingeris tapi join jugak sebab resepi kat sini pun mengiurkan untuk dicuba nanti lagipun ni public group 


ada lima pilihan group facebook untuk berbincang dan bertanya dari hal mangkuk sudu sampai lah hal kesihatan baby. syie pun kadang terlupa dan tak sempat nak add kawan-kawan dalam group ni, so dengan entry ni harap dapat membantu ibu yang anak dah makan atau bakal makan nanti. masuk banyak group pun tak apa, macam baca buku..lebih banyak baca lebih banyak kita dapat

daripada scroll facebook atas bawah atas bawah for nothing, baik cari ilmu untuk anak kan.. 


xoxo!


p/s: next entry syie review satu website shopping yang tiap-tiap minggu ada sale!!! 
(seronok tau tiap-tiap minggu shopping tapi dapat harga murah!)



Anak Tudung dan Selendang Online



Hai!

Ingat lagi tak zaman mula-mula anak tudung (inner) dikeluarkan, mungkin dalam enam hingga tujuh tahun lepas. Masa tu pengaruh anak tudung tersangat lah dasyat boleh kata semua gadis remaja mesti cari anak tudung ni untuk pakai dengan selendang, masa tu ada satu design je yang jenis ala-ala serkup tu lepas tu ramai orang buat tutorial untuk jadikan inner tu Nampak tinggi/muncung sesuai dengan bentuk muka masing-masing termasuk lah I pun setiap kali beli mesti cari penetas kain tu lepas tu jahit balik, kalau duduk kat asrama mesti ingat buat benda ni secara berjemaah. Hahaha..
Sampailah terjadi lambakan jenama di pasaran, Cuma terpulang pada kita untuk pilih jenama, harga dan kualiti yang kita mahu dan sama ada secara offline atau yang lebih mudah secara online 


Anak tudung merupakan keperluan yang sangat penting untuk memastikan pemakaian tudung yang selesa dan rapi. Seperti pentingya brooch atau kerongsang, anak tudung juga merupakan suatu kemestian ketika hendak memakai tudung. Bukan itu sahaja, dengan rekaan anak tudung yang boleh dikatakan semakin trendy, pemakaian anak tudung juga merupakan trend pemakaian tudung moden.


                         


Berikut merupakan contoh-contoh fesyen tudung yang menonjolkan lagi fungsi anak tudung tersebut. Anak tudung yang juga disebut sebagai ‘ninja’ kini boleh anda temui dalam pelbagai rekaan unik seperti berikut;




Ini merupakan jenis anak tudung yang paling ‘basic’ dan  boleh dibeli dengan harga yang amat murah.


Berikut merupakan rekaan ‘ninja’ yang pertama sekali diperkenalkan di pasaran dengan rekaan bulat pada bahagian dahi.

Bila muncul je inner ninja macam ni makin ramai menggilai inner kerana ciri pemakaian nya yang lebih menutup aurat jika dipadankan dengan seledang dari kain jenis gorget (sedikit jarang)



Kemudian ada pula keluaran koleksi anak tudung dengan rekaan zig-zag di bahagian dahi seperti berikut kelihatan lebih elegent pada pemakai


Dan kemunculan banyak rekaan anak tudung online yang unik dan amat sesuai untuk digayakan dengan pemakain shawl.



Jadi, nak pilih anak tudung online yang sesuai ikut bentuk muka dah tak susah sekarang, boleh tengok pada model atau paling mudah perhatikan contoh kawan-kawan pakai dan boleh juga minta nasihat mereka kalau kita baru pertama kali belajar pakai anak tudung.



XOXO



Maderma dan d'nars skincare

Assalamualaikum,
 
 
sebenarnya baru selak overview dan rupanya ramai cari review krim maderma a.k.a krim hilang parut bak kata dalam tv gitew , oh boleh refer post yang ini sebab dah bertahun pun post tu plus syie dah lama berhenti pakai maderma taw. meh nak cerita macam mana kulit ni boleh pulih. sekarang muka I dah dibebaskan dari segala masalah jerawat muka badan
 
 
 
 
tapi macam mana boleh bebas?
 
anggaplah semua itu rahmat ibu mengandung, (ececeh sangat!)
 
 
sebenarnya I pun dah putus asa putus harapan lepastu dah malas pk pasal muka dah, yang I tahu bila jerawat naik je cecepat picit pasal banyak nak bagi baik cepat konon sedangkan dah tahu jerawat tu jangan dipicit. lepas tu terasa kepuasan tengok lemak jerawat tu keluar. eww sangat perangai dulu
 
 
masa trimester pertama jerawat I memang teruk, mungkin bercampur dengan perubahan hormon tapi masuk je trimester kedua I cecepat cari salon buat facial akak tu rawat balik muka ni, keluar kan segala benda-benda dari kulit ( salah satu sebab pun asyik bertukar produk) terus bengkak muka untuk dua hari. bengkak dan merah-merah
 
kakak tu pesan untuk dua minggu jangan pakai apa pun dekat kulit kecuali untuk cuci muka
 
 
masa dua minggu berfikir tu lah masa tu d'nars baru keluar tengah toptop lagi dekat wanita hari ini asyik review d'nars sesaja, dekat instagram asyik dealer d'nars request nak follow jadi sebagai seorang yang amat mudah terpengaruh (bak kata suami) terus dapatkan jugak d'nars. tapi sebelum tu tips nak beli skincare ni kira dulu ikut kemampuan ye dik, jangan ingat sekali beli je, sebab I kan suri rumah jadi sedar diri jugak lah sebab tu beli d'nars saje, kalau terlajak mampu dah pakai SKII . ahaha!
 
 
masuk bulan ni dah setahun pun dengan d'nars Alhamdulillah tak buat hal dah muka kecuali sebab aku tak ada masa sangat-sangat nak menjaga bersamaan dengan malas. realiti taw, jadi mak for the first few month memang selekeh tapi lepas tu ok lah sempat je sapu gincu pakai bedak pakai perfume tiap kali lepas mandi


 
haa, faham tak bukan nak flawless serupa muka dangan kaca tiada beza tapi ala, setakat mudah nak diurus sudah sebab setiap hari jadual dah cukup padat tak sanggup nak jumpa masalah kulit lagi penat bertahun-tahun asyik fikir pasal kulit muka. now, Alhamdulillah..
 
setakat keluar jalan-jalan pasar malam lupa pakai bedak pun konfident beli ayam bakar madu
 
 
 
 
 
 
XOXO
 
p/s: maaf lah entri bersepah sebab syie blur blur lagi taw, nanti bw blog lain mungkin mampu pulihkan keadaan penulisan ni. ehe!