Kesayangan GincoMerahJambu

Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

I Just Feel Special

assalamualaikum,

boleh tak kita nak buat entri majlis tunang lagi kali ni?

alah, belum sebulan lagi pun..angau pun tak habis lagii, rasa macam baru semalam bertunang sebab dia punya gembira sampai sekarang, dia punya bahagia tak terkata sampai rasa nak kawin bulan depan. eh.

i punya happy sampai lupa nak cuci gambar tunang =,=
(itu dah memang dasar pelupa)

ok, syie nak share tips kalau tak nak rasa macam pengantin masa hari tunang. i mean, ini hari awak perlu rasa istimewa bukan rasa baru lepas kawin.

on my engagement day,

NO VEIL NO HAND BOUQUET

tak pelik ok, tak pelik..tak payah kerut-kerut dahi



terpulang pada awak-awak, ini hari istimewa yang awak impikan untuk rasa sangat istimewa (tapi jgn la perasaan raja sehari sampai tak boleh buat kerja) 

instead of feeling bride, me choose to feel special and sweet 

syie pilih untuk simpan semua rasa mcm pengantin tu untuk hari besar nanti, at least satu hari nanti bila syie tenung balik gambar hari tunang syie, syie puas hati. tak overdress, tak macam perlukan pengantin lelaki bersamping kat sebelah, tak perlu rasa kena pakai inai alang-alang baju dah macam orang bersanding.

dan yang part hand bouquet tu, 

mama larang awal-awal. sebab tu tak berbunga tangan ku itu. 

hikhik!


dua puluh tiga hari bertunang dan dua tahun lima bulan kenal genap pada hari ini, terima kasih kerana terima daku yang penuh parut jerawat ini. kbai

keadaan lepas seminggu tunang


k along, ingat wa takot ke senarai panjang-panjang camni?
tengok kaki lah. ini chef taw. 



Syie Mazlan Engagement

assalamualaikum,

hujung tahun dua ribu dua belas yang tersangat sangat sibuk dan awal tahun dua ribu tiga belas yang sangat-sangat menekan, tertekan, mempertekankan .. eh, penuh lah dengan tekanan. baru malam ni sempat duduk depan laptop untuk update tentang hari kita jadi tunang orang, dah dua minggu pun, malam ni baru terkedek-kedek taip entri. nyenyenye!



22-12-12

dan ia adalah pertunangan yang cuma dirancang sebulan sebelum itu, sebulan sebelum itu family en.tunang datang merisik, dan cuma dalam tempoh sebulan persiapan harus dibuat, eh kita kelam kabut macam ribut taw, risau segalanya tak macam yang diidamkan. dua hari lepas merisik terus buat persiapan, sebab kami jauh, bukan setiap minggu dapat berjumpa, even lepas tunang pun tak pernah jumpa lagi. :(

orang lain bertunang 3,4 bulan sebelum majlis dah mula buat persiapan, syie lagi empat minggu baru nak cari dulang hantaran, baru nak jumpa tailor, baru nak fikir tema. tapi Ya Allah, Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan, terasa senang segalanya dengan bantuan keluarga dan saudara 


mula-mula nak buat tema dusty pink, tiba-tiba jadi colorful yang girly dan omey-omey rase nak gigit, *rase mcm arnab pulak. hiks! centrepiece&brown paper goodies bag credit to my adik perempuan yang super rajin membanting tenaga demi kakak yang kerja 10-9 malam setiap hari . semuanya DIY, sampai alas meja pun mama sponsor warna baby blue sama dengan tudung kita. 



photobooth kita comel, rasa nak kunyah-kunyah macam gula-gula kapas, DIY dari sign photobooth, props sampai hiasan latar semua dari adik perempuan kesayangan *terharu lagi 

                                                                              


            

i just love love love my outfit so much, berbaloi menangis cari jakel melaka sampai menangis sebab masa tu dah malam dan i tak boleh keluar dating sampai malam, tak pernah kot, hiks! and yes, i mintak warna dusty pink dan request kain chiffon tapi kakak tu suggest kan kain crepe ni sebab tak perlukan lining, i just made a simple kurung moden dengan kain jenis maxi sebab nak flowy effect tu, 

dan my half moon shawl, mula-mula dah beli dekat online shop..cantik sangat, sekali masa i bawak for my first fitting, warna terlalu lalu jauh, dah rasa nak menangis masa tu, sebeb sehelai dah dekat seratus, lepas tu bukan duit i pulak. tapi lepas tu i jumpa yang lagi super duper cantik dan i rasa terlalu cantik sebenarnya, Alhamdulillah segalanya sangat mudah sebenarnya. 

oh, half moon shawl i ni beli dekat mydin melaka je, takde online online dah 



my makeup and my mini dais done by my lovely aunty yang tengah sarat pregnant baby boy i wish, gila tak terharu dapat pelamin idaman macam ni tanpa i susah-susah turun naik bridal dalam masa sebulan bridal mana lah yang nak terima i, dah lah tarikh tu bersusun orang buat kenduri kawin, 

full view cuma ada dekat my instagram dan entry lepas








hiks! 
i tahu i nampak macam budak perempuan paling happy dalam dunia bila dapat lolipop paling besar, tak sure tapi i do, sangat gembira dan senyum tu, i sendiri tak sangka i boleh senyum macam tu, tak pernah tengok diri sendiri senyum sampai macam tu. 

semua gambar yang super cantik ni adalah dari mak cik i jugak, for FREE! 

lagi lah happy lompat-lompat sebab gambar cantik, service percuma pulak tu, 



oh i malu-malu lagi dengan u encik tunang

malu nak taip ayat-ayat romantik macam dulu, sebab sampai sekarang otak tak boleh nak proses apa yang terjadi, diri ini dah bertukar status dari gf awak kepada tunang awak, lelaki yang sentiasa saya impikan untuk hidup bersama. 

thanks for reading this super panjang banyak gambar punya entri.

LOVE YOU READERS 





REVLON, BEDAK SEJUK DAN ..ehem kita..

assalamualaikum,


hai, sebenarnya nak update pasal benda-benda kecintaan jiwa sepanjang bulan duabelas ni tapi sebab nak bagi tajuk tu nampak lelebih kita letak revlon dan bedak sejuk supaya nampak menarik, its almost new year readers,  ^_^  dan ehem ehem..


kini masa untuk review produk kecintaan kita sepanjang bulan ni 




semua orang pernah nampak bedak sejuk ni, senang nak cari dan harga sangat murah cuma RM5.00 dan pakai seminggu tiga hingga empat kali sekarang muka dan sangat sangat kurang berminyak lalu rasa bahagia sebab dah tak perlu kesat minyak di dahi setiap sejam 

siapa yang kulit berminyak macam kita patut cuba ini, bukan bedak sejuk biasa syie beli, ini bedak sejuk gamat


oh my love,

tahu tak dari dulu kala teringin sangat nak ada revlon, dulu masa sekolah kalau pergi the store sitiawan mesti usha tempat makeup revlon ni, tapi lepas tengok harga terus lupakan hasrat terpendam well, budak sekolah, budak poly rasa membazir sangat beli lipstik harga tigapuluh lebih baik beli yang silkygirl harga tujuhbelas. HAHAHA

REVLON GROW LUSCIOUS PLUMPING MASCARA

I LOVE THIS!

berus lebih besar dari mascara yang syie pernah pakai dan tahan sampai malam lepas tu bulu mata tak payah ketip-ketip lagi sebab bila sapu mascara ni terus bulu mata melentik cantik (sebenarnye pelentik bulu mata hilang)

REVLON JUST BITTEN KISSABLE BALM STAIN

oh pengakuan jujur disini, kali pertama tengok dekat youtube tapi masa tu benda ni tak ada lagi jual kat malaysia sebab..lambat sangat nak sampai kot..hihi

tertarik sangat nak beli sebab lipstick bentuk pencil, eh! haruslah kita excited sebab bentuk pencil lain dari yang lain..mihmihmih

syie suka sangat warna nya, terang, tahan lama dan sangat hampir pada satu warna lipstick AVON kegemaran syie dulu

tapi, bau dia tak best sebab bau macam ubat, dan bila pakai setiap hari bibir jadi kering..jadi cuma pakai sekali sekala dan syie pakai ini jugak for my 


yeah! im officially someone fiance now


22-12-2012

p/s: syie kemungkinan besar tak akan buat review tentang my sweet engagement dekat blog tapi depends pada permintaan awak-awak .. kita takut tetiba beauty and health blog ni jadi bride to be blog..acane? HAHA

love u readers 





Cinta Sejati Tak Pernah Menyakiti

assalamualaikum..

hai para pencinta ..aww!

tahun depan umur aku dah masuk doploh dua tahun dan dah boleh jadi isteri orang bak kata hati yang kudus tapi tak sure lah lelaki yang kawin dengan aku nanti mampu bertahan tak dapat bini pemalas macam haku? (iklan untuk buat lelaki-lelaki lari)

dalam dua puluh satu tahun hidup ni dah banyak kali berjumpa dengan macam-macam jenis lelaki *amboi bunyi macam playgirl disitu. hewhew,

 tapi jenis aku setiap kali aku in relationship dengan lelaki mesti nak mak ayah tahu, lepas tu kalau mereka cakap okay baru berani teruskan tapi kalau ayat nye bunyi "eww..cari orang lain la kak" cepat-cepat stop sebab takut tiada restu.

tapi restu tu boleh dipupuk kalau tahu caranya, kalau betul jalan nya (/^_^\) Insyaallah


macam budak ni dulu pun mak ayah macam tak berapa bagi kawan dengan along, tapi sama-sama ambil hati, tunjuk kesungguhan, nah sekarang along dah jadi bakal **** kesayangan gayanya. 

i just open my fb wall this morning and i found this

Ramai pasangan sekarang membawa cinta mereka dengan 'syok sendiri' yakni cinta antara dia dan pasangan shj. Drpd sebelum kahwin sehingga lah beranak pinak. Sehingga sering merobek hati-hati insan yg penting dalam hidup iaitu keluarga, ibu ayah. Jauhi cinta seperti ini. Cinta yg tiada nilainya. True love never hurts because it is granted by Allah. Think about it.

status pagi ni dari wall salah seorang kawan masa belajar dan syie minta izin untuk share, bukan di wall facebook tetapi di laman blog ini.


 kadang kita tak sedar hati siapa yang terluka dengan kedegilan kita, kita tak sedar yang kita sedang berdosa terhadap ibu bapa kita.

entry entry akan datang 

september fav review
as beauty product review
october new product

excited?

me too ^_^




Hai Kawan Baru!!

assalamualaikum..


dedikasi kepada meraka yang memperkenalkan blog kosong ini kepada lebih ramai blogger .. saya sedar jumlah mereka adalah lebih daripada yang saya sempat senaraikan .. maafkan saya .. dan saya sangat berterima kasih atas jasa anda semua .. ..










...............................................................................

hello new friends! 



"blog ini hanya sebuah blog perempuan yang suka berkongsi sedikit ilmu yang dia tahu tentang kecantikan atau apa sahaja yang dirasakan berguna dan menarik untuk dikongsi.. juga sebagai diari umum tentang kehidupan syie mazlan yang biasa" 

"sebolehnya apa sahaja ilmu baru dia mahu kongsikan dengan anda semua .. dan dia cuma aktif dalam dunia blogging sejak bulan september tahun lepas .. maka entry sebelum itu lebih bersifat peribadi .. maaf lah ye"

"and to be describe .. nama penuh saya ialah nurul syizazima bt mazlan and i was born on 1991 .. kira-kira umur aku berapa sekarang.. tinggal berdekatan dengan gunug ledang .. seorang bakal/pemegang diploma sains kesetiausahaan"

apesal dah bunyi biodata ni? hikhik..

jangan risau..saya tak anggap anda sebagai follower tapi sebagai kawan which is .. apabila anda drop comment on my entry .. saya mungkin tak dapat balas dengan pantas tapi saya akan usahakan untuk komen entry anda semula..sebab saya bekerja dari sepuluh pagi hingga sembilan malam setiap hari dan sangat jarang bercuti..

oh

blog ini memang banyak gambar owner .. tolong jangan marah yee..hik!

Fahami Mereka ..

assalamualaikum..

jatuh cinta secara terang nya bukan satu jenayah
kita punya hati .. punya rasa untuk disayangi .. untuk menyangi
punya keinginan untuk berkongsi ..
punya impian yang mahu dijadikan kenyataan

dan mengapakah aku sebegitu mengada-ngada menaip sebegini rupa? sila ringan kan tangan anda untuk melempang aku jika perlu .. hah! ada berani kaaa?


yes .. im just ordinary girl that desperately in love with you .. 
*siapa percaya aku betul-betul maksudkan dari segi negative datang sini aku kasi rendam kepala dalam sugai*

sekarang dah boleh lempang .. 

nah lagi .. dengar .. tengok .. fahamkan!


tiga empat dan lima..

yes .. that's mean im desperately miss u along 


p/s: long distance relationship isn't that hurt .. now i learn that love is not about "berkepit setiap minggu" .. "tolong kopak kan purse si dia" (haha! gelak jahat) .. its all about how much you care about each other .. .. lelaki .. meraka cuma minta untuk di fahami .. they don't even care about the way you look .. asalkan sodap mata menandang cukup lah .. ihik!


haih .. ter menangkan lelaki pulak dalam entri kali ni .. takpe girls .. kali ni je i bagi can .. lain kali jangan harap lah .. oh dan maaf saya kurang berblogging sekarang .. company bagi target tinggi sangat bulan ni .. saya semakin sibuk berusaha untuk capai target .. hewhew.. wish me luck!


someone like you

assalamualaikum..

"kadang-kadang untuk mengambarkan kasih sayang..tiada satu perkataan pun yang mampu disebutkan"

"kadang-kadang untuk menceritakan kebahagiaan .. tiada sekeping gambar pun yang mampu di jadikan bukti"

people, now i learn that long distance relationship is not hard as i thought .. ia masih ada manis, pedas, masam dan masin nya .. dan tak kira berapa jauh kita .. betapa dekat kita .. its all about trust, communication , and love .. also .. give and take ..


saya bukanlah seorang perempuan yang tinggi sifat sabarnya .. cuma saya seorang yang selalu suka menjadi yang sederhana dan kadang-kadang saya malu kenapa saya tak reti pakai dress..tak reti pakai skirt..tak pernah beli chiffon blouse .. but for him .. "along simple je..so tak payah nak fashionable sangat" 


muke buruk always awesome! 

dua hari lepas adalah saat paling banyak ketawa dan senyuman setelah sekian lama ;)



 

dan malam semalam along cakap

"nasi goreng kampung tu sedap lah..along nak lagi sebenarnya..tapi malu nak cakap"


p/s: masaklah dengan penuh kasih sayang untuk orang yang tersayang ^,^

p/s : next entry will be about my pink lips macam rajah pertama itu..suke tak warna cenggitu? nanti aku ajar camne nak dapat warne cenggitu untuk girls yang memiliki bibir macam aku!
  

Words Of Future

assalamualaikum..

idk how i suppose to write this .. idk if i suppose to write it here .. it just yesterday was a wonderful words i  hear from him .. yeah! im going to talk about my relationship *masih belum masanya untuk saya meng review product-product dan berkongsi tips kecantikan lagi .. bagi saya masa*

(psst! kalau rasa geli gelemeeeen sila beredar dari sini sekarang)

pekara biasa dalam sesuatu perhubungan ialah salah faham and its happen yesterday .. walaupun bukan selalu mybe once a month but i hate it! tapi mana ada hubungan yang tak ada terasa sikit, jeles sikit, ase nak marah sikit .. tak kesah macam mana pun kita cuba elakkan tapi ia tetap berlaku .. 

dan semalan saya fikir inilah hari terkahir sebab saya sangka along nak .. break .. 

"along dah tak nak kapel dengan adik! along dah tak tahan dengan adik"

anda tahu apa rasanya? .. tak sengaja aku ternangis sikitt.. sikit jelah .. apehal nak nanges guling-guling  bagai? .. kau bukan laki aku lagii  ...

"but why? adik jahat ke..adik buat along ke..along tak sayang adik dah ke?"

normal question version "konon-konon gadis teranaiya"  puih!

"nothing . along dah tak nak kita kapel tapi along tak nak kita putus sebab ... along nak kita bertunang!" 


then faham sajalah apa rasanya .. for me .. thank you sebab pilih saya yang banyak cacat cela nya ini .. 

mungkin sepanjang empat bulan ini tanpa bertemu walau sekali, kita lebih mengenali antara satu sama lain dan kita mula berfikir apa sebenarnya yang kita nak dalam hubungan ini .. betunang .. satu hari nanti .. Insyaallah .. 'semoga segala yang kita rancang dipermudahkan'

Soalan Dari Hati

assalamualaikum..

mari bercerita tentang cinta  *asyik cerita pasal kecantikan jeee..bosannnn....

Macam mana nak buat supaya aku tak sakit hati dengan dia?

masalah yang selalu terjadi pada pasangan yang baru-baru je bersama 

*percaya lah saya pun pernah lalui ini dan ianya memang sakit hati selagi kita tak dapat faham dia

kita baru masuk dalam hidup sesorang tu dan kalau sebelum ni kita hanya fikir tentang hidup sendiri sekarang tak lagi..kita ada sesorang lagi untuk kita fikir dan untuk kita jaga hati nya..means hidup kita totally berubah!

selalu nya untuk memahami seseorang amat memerlukan masa..so take your time..tapi jangan terlalu lama sehingga pergaduhan demi pergaduhan yang membosankan akhirnya berpisah...

kalau kita betul menyayangi diri nya pasti kita mampu faham dia tanpa banyak alasan...

paling tidak pun belajar untuk meletakkan diri kita di tempat dia sebab bukan semua pasangan suka hantar "report card" setiap saat untuk maklumkan apa yang mereka sedang buat dan bukan semua pasangan suka usung bf/gf mereka ke semua tempat...walaupun kalau buat macam ni lagi senang faham life dia..


masalah yang terjadi pada pasangan yang dah lama bersama

ingat dah lama bercinta/kahwin tak ada masalah ke? siapa cakap tak ada?

kadang-kadang sebab dah lama bersama jugak boleh jadi punca sakit hati .. sebab dah terlalu selesa sampai rasa tak perlu cakap "saya sayang awak" pada pasangan dan lupa "adakan masa untuk si dia" .. selalu nya perempuan yang rasa macam ni pun..

hey awak:

apa kata awak semarakkan balik rasa cinta awak untuk dia walaupun dah banyak tahun kahwin/bercinta..(mase nak ngorat dulu tuu...) tak salah kan buat macam masa mula-mula bercinta tu?

*i hope my future husband will always be like "masa tengah bercinta"

remember:
 dalam sesuatu hubungan persefahaman dan komunikasi sangat penting .. belajarlah membina komunikasi yang terbaik dengan pasangan anda ..


angry bird adik-adik saya
*paling suka yang merah tu sebab sedap pelukkk*

nota gincopink:

hye korangg..hari ni tibe-tibe nak bagi nota

saya tidak lagi approve sebarang friend request dekat facebook saya atas sebab "saya tak nak orang kawan dengan saya lepas tu meluat dengan life saya.." lepas tu "stalker saya puas-puas dan mula buat cerita dogeng tentang saya" TETAPI kalau korang nak kawan dengan saya bolehhh jeee asalkan HATI IKHLAS lebih-lebih lagi PARA BLOGGER..korang just PM INBOX facebook Syie Mazlan "saya nak kawan dengan syie" saya sendiri akan add korang..

saya bukan sombong tetapi cuma mahu lebih berhati-hati sebab saya tak tulis semuanya tentang life saya dekat blog

untuk tutorial semalam tu..terima kasih atas feedback yang membina

Kenapa Cinta Lama Susah Untuk Dilupakan

assalamualaikum..

 hari ini syie kembali untuk menjawab satu lagi soalan dari akaun formspring yang dah berhabuk

maka untuk kelihatan dijawab dengan lebih bergaya dan kacak..huraian yang panjang haruslah diberikan di dalam blog...ekeke

erm erm

sejak-sejak aku rajin buat entry pasal cintan cintun n relationship ni ada jugak kawan-kawan aku merujuk pada aku bila ada masalah cinta..macam la aku pandai sangat kan..tapi pengalaman yang-yang adoo tu adalah..

kenapa susah dilupakan?


*cara senang nak lupa campak segala kenangan dalam tong sampah*


pada aku kenapa kekasih lama susah dilupakan adalah soalan yang tak seberapa besar sebab cuma ada beberapa sebab mengapa kekasih lama susah dilupakan

- tiada paksaan dari diri sendiri untuk teruskan hidup atau mulakan hidup baru tanpa si dia
- terlalu mengenang setiap detik yang pernah dilalui bersama si dia
- tak kuat atau takut untuk menghadapi realiti yang tiada jodoh antara kita

tetapi untuk apa alasan sekalipun..

-jika tidak mampu untuk menerima sesuatu kehilangan sebaiknya pertahankan hubungan itu selagi termampu

-jalani perhubungan dengan sifat tolak ansur dan sabar serta komunikasi yang terbaik (positive please)

-pilihlah pasangan yang mampu melengkapi kekurangan anda..jangan cari yang sama-sama kurang sebab nanti siapa pula yang mahu menjadi pembimbing..

- relationship ialah satu perjalanan yang panjang dan jangan kita tukar pasangan macam tukar baju..

- pastikan anda memberi cinta kepada orang yang selayaknya menerima cinta anda *belajar dari pengalaman aku sendiri..

opps!

mungkin pandangan aku terhadap soalan ini agak kejam sikit tapi kebanyakan orang yang putus cinta mesti rasa sakit hati kan..tak ramai lah yang putus dengan cara baik-baik atau dengan alasan "mak saya cakap kapel tu haram"..kau ade jumpe orang cakap macam ni?

dan link formspring aku..




Hakikatnya..Lelaki memang sayang emak!

assalamualaikum..

petang ni aku cuti tido petang sebab kene jage adik..*terpaksa

oleh sebab itu marilah kita sama-sama membicarakan tentang lelaki lagi hari ini .. aku bukan nak cakap pasal "lelaki anak emak" tapi nak cakap "lelaki sayang emak" ada beza di situ

"lelaki anak mak" ialah lelaki yang terserlah kemanjaan nya dan terlalu mengutamakan emak dalam apa juga keadaan

"lelaki sayang emak" ialah lelaki biasa yang kita selalu jumpa di sekeliling kita yang bukan jenis semanja anak emak..mempunyai ramai kawan..hidup normal seperti orang lain dan mungkin adalah teman lelaki kita!

dalam kita berkawan-kawan dengan lelaki..korang perasan tak yang budak lelaki ni kalau dah rapat dengan kita mesti sikit pun akan cakap pasal mak mereka

contoh nya:

"Mak aku kalau masak Laksa memang terbaikk larh..tak pandang dah tempat lain"

sudah! otak tak dapat keluarkan memori lagi..putus fius..

apa lagi contoh yang korang ada?

till then..

good bye

"Aku Memang Pencinta Wanita"

assalamualaikum..

hari ini aku terasa nak berlagu-lagu sikit..sebab teringat memori zaman dahulu kala..cehh gaye lama sangat la memori tuu

entry ini untuk perempuan! eh boleh gituu?

pernah tak seorang lelaki nyanyi kan lagu untuk korang?

semalam aku tengok adik aku yang nak ambil PMR tahun ini study boleh pulak teringat mase aku ambil PMR dulu..mase tu tengah seronok jadi budak baru nak naik, baru belajar pakai krim muka, pakai lip gloss n lip balm pergi sekolah siap dengan pelentik bulu mata..sebab tu pmr aku 3a je

kira baru-baru belajar nak jadi budak cantik la..*boleh g skola pakai camtu

"seorang abang senior ni minat lah pulakk dengan aku yang agak comel-comel tapi kedenggg ni ..
 tapi aku tak lah pulak minat dengan abang tuu.."

"peristiwa terjadi sebelum aku masuk dewan exam dan dalam perjalanan untuk ke tandas "

"tiba-tiba dari aras bawah bertentangan dengan jalan yang aku jalan ade orang nyanyi-nyayi sambil pandag aku"

"aku memang pencinta wanita namun ku bukan buaya yang setia pada seribu gadis..ku hanya mencintai dia"

aku tahu dia kat bawah tu tapi tak sedar yang dia tengah nyanyi..biasa la budak-budak skola lalu depan boy yang minat dia mestilah control cunn siket..then kawan aku cakap

"syie ko dengar tak _______ nyanyi tadi? aku rase dia nyanyi kat kau tu..lagu Pencinta wanita"

first time oh orang nyanyi untuk aku! *nak pengasan jap..tapi kesian abang tu sebab aku lansung tak ada sikit pun rasa suka dekat beliau sebab masa tu aku tak suka boy yang lagi tua dari aku...feeling nak kapel dengan yang sebaya je

tapi paling best dia nyanyi lagu tu sebab time tu lagu Pencinta Wanita memang tengah sangat popular! korang ingat lagi tak cerita yang irwanshah berlakon dengan acha tu..



kenapa dia tak kawen dengan acha tu?

and the second time aku dengar orang nyanyi untuk aku mase sekolah menengah 

third time mase semester two and it was "izinkan selamanya namumu di hati" kalau aku tak silap

from different person!

aku gedix? 

biarkan!

bukan aku yang mencari tapi aku cuma memilih..boleh faham tak?

kbai!

VOTE ME!


THEN LIKE PIC AKU



Tak salah lelaki suka main Video Game

assalamualaikum..

selamat hari jumaat..

aku pernah terbaca banyak kali dalam banyak-banyak status facebook yang selalu keluar bile some couple bergaduh besar mesti tentang si BF tak bagi perhatian dekat si GF hingga kan si GF merasa kan "kurang kasih sayang"

"sorry i don't have enough time for you"
(the status)

"fine"
(gf comment)

"boleh je ko maen game online dengan aku"
(si kawan comment)

kebenaran nya

budak lelaki sangat gila kan permainan video online atau online game!

aku sendiri sejak ayah aku mula-mula belikan adik aku sebijik computer sampai lah beli kan sebijik laptop untuk dia dan membuat sambuang internet di rumah..perkara utama yang aku tak puas hati dari dulu sampai sekarang bile dia main game tak ingat dunia!

sometimes aku rase adik aku tu hilang social skills sebab aku memerap dalam bilik dari pagi sampai malam mengalahkan anak dara...mase tu itu jelah budak lelaki yang aku kenal sebab kapel zaman skola dulu pun maen-maen je

sekarang bila dah besar dah ade serious relationship dengan seseorang baru aku kenal budak lelaki sikit-sikit..

tipu lah kalau aku tak pernah terasa hati bila BF main game pada saat aku rase nak masej dengan dia


tapi..

apa yang kita kena pasak dalam minda ialah:

- itu ialah apa yang dia suka buat sejak sebelum dia bersama dengan kita..hobi sejak dia tak cukup umur

- kita bukan isteri dia yang suka-suka hati nak kongkong apa yang dia nak buat

- ok ape boy suka main game online..aktif sikit otak mereka berfikir..tak kan nak kapel dengan budak lelaki yang soo boring..asyik tengok tv jee

- dia bukan sah milik kita lagi..biar lah dia nikmati hidup bujang dia sepuasnya..

- kita sebagai girl tak payah asyik tunggu si BF nak masej mase dia main game..waktu macam tu kita boleh guna untuk belajar masak, chat dengan BFF di facebook, tolong mak buat kerja rumah...at least terisi mase tu

tetapi!

budak lelaki pun kene jugak pasak dalam otak korang:

- balance kan masa untuk main game dengan untuk layan si GF


- jangan sampai GF rase online game korang lebih penting dari mereka walaupun mmg penting


- berbincang..


- hargai GF dan jangan sampai si dia hilang respect pada anda sebab lansung tak hargai pengorbanan dia



tak susah pun bercinta ni kalau saling tolak ansur..

"belajar untuk memahami kalau diri sendiri mahu difahami..sebab kalau sebelum berkahwin kita sudah tak mampu nak tangani masalah sekecil ini apatah lagi dugaan lebih besar selepas berkahwin"

mama aku selalu pesan

" orang lelaki sebelum dan selepas berkahwin berbeza "

boleh faham tak..atau aku perlu taip satu entry untuk jelaskan lagii..

"cinta itu sangat indah kalau kita mampu jadi kan ianya indah"

Its not about how long the relationship is..

assalamualaikum...

mula-mula aku nak minta maaf sebab masih menggunkan headar tak center sebab aku malas nak center kan..dan  blog ini pun masih lagi dalam pembinaan yang tak siap-siap..

tukang buat header diraja sangat sibuk dengan kerja sekolah yang berjuta lemon dan hanya berjaya siapkan header baru blog Beliau..hingga aku terasa nak lempang-lempang beliau sebab lambat sangat.

oh!

adakah anda sedang menjalani perhubungan?

cinta?

berapa lamakah anda sudah bersama?

sejauh mana anda rasa anda kenal pasangan anda?

adakah semakin lama dirasakan semakin serasi?

atau

semakin berantakan?


aku akui setiap mereka yang in love relationship pasti mengira berapa lama kah mereka sudah bersama.  walau bukan dikira setiap bulan tetapi pasti tarikh keramat itu diingati dan di susuli dengan ucapan dengan meraikan hari indah itu dengan penuh keceriaan

tapi korang pernah fikir tak adakah hati ini bahagia sepanjang setahun, dua tahun atau berapa lama sahaja anda bersama dengan si dia?

nak cukup kan satu tahun pun sangat terseksa nak mengekalkan hubungan aku dengan dia

atau

eh! dah setahun ke?..tak terasa pun..rasa macam baru je kita kapel kan?

korang berada dalam relationship yang mana satu

Dah tiga tahun kita bersama tapi awak masih tak dapat fahami diri saya, kerjaya saya..kenapa ni?

atau

saya bersyukur sebab dapat pasangan yang sangat memahami saya yang sangat sibuk walau dah tiga tahun bersama tapi dia sentiasa indah seperti dahulu

its about how long your relationship


kami ini baru setahun bersama tapi setiap hari mesti ade je yang tak kena..paling tak pun setiap minggu pasti bergaduh dan dalam sebulan tak ingat dah berapa banyak kali hubungan putus sambung

atau

we laugh together everyday..thanks because you always make me smile and my friend get jelous for how happy i am now..

hmmm...

i can't stand this long distance relationship..almost everyday i cry over it..we get argue everyday!

atau

i love this long distance relationship because it teach me to respect the feeling of miss someone and how important to take care about someone that i love


its about distance and trust


so..in which part is your relationship is?.. im not typing this entry because im happy for what i have not but to remind myself about this because one day i also need to be on long distance relationship..

i also still learn how to understand him me the way he understand me.. and now i realize being in love with people more matured than us is so wonderful..thanks because you teach me that love is not to be hurt..is not making decision by only one side..

"jangan di seksa hati itu jika sememangnya tidak bisa bersama nya..dan cinta itu indah bukan berterusan menyakitkan hati sendiri"


(english aku berterabur..persetankan semua tuu...heee)

Kawin Cepat! Macam mana yee?

assalamualaikum..

ini adalah entry khas untuk budak-budak yang dah lepas umur 20 (macam aku) dan sedang menganggur (macam aku) Pulakkk..aku terasa macam nak tujukan si entry ni khas untuk kawan kesayangan aku yang dah tak sabauu benauu nak kawen gamaknye!

yee kan  kinashahudson 
yes aku saje besau kan name ko kat situ..
ekekeke
(jangan marah aku taw)


incik lelaki itu ade pendapatan tetap

korang-korang ini penting sangat taw..tak kesah lah wedding korang nanti ramai sponsor tapi si jejaka wajib mempunyai pendapatan tetap setiap bulan..kalau tak dia nak suap korang makan ape tiap-tiap hari nanti..

contohnya aku yang kuat makan ni hah..jenuh la laki aku nak penuhkan peti dengan makanan hak milik bersama nanti..

tapi bukan itu je..keperluan hidup zaman sekarang pon dah semakin meningkat..bil api dah naik, tepung pon dah naik harge..

korang berdua bersedia untuk memikul TANGGUNGJAWAB

ini tak kesah lah berapa pun umur korang..kadang-kadang ade orang tu umur je tua tapi langsung tak boleh diharap untuk memikul tanggungjawab kan..

so ketepikan soal umur tu..yang penting korang tahu yang korang sememangnya ready untuk ini..

pekak kan je ape jiran-jiran sebelah timur barat tu nak mengata..bukan nye korang buat dose pon

MAMA N DADDY bagi lesen

restu ayah dan ibu korang lah akan buat bahtera perkahwinan yang anda layari bahagia dan mudah diharungi..
(ayat bm A1 aku)

jangan korang kawen lari pulak tawww!


tak berkat nanti

Tolak Tarik dan Komunikasi

terima diri dia seadanya sebagaimana dia menerima diri kamu..dan biarkan dia mencintai kamu lebih daripada kamu mencintai dirinya..

komunikasi adalah sangat penting untuk sesebuah hubungan tak kira atas nama apa pun..bila dah kawin nanti bukan kene buat sesuatu keputusan untuk diri korang je..ade pihak yang perlu difikirkan jugak

jangan keras kepala! asyik nak menang jee! tolak ansur lah sikeett

Girls you must Ready

sebab..

jangan kawin lagi kalau korang tak reti langsung pegang senduk dan kuali..t tak makan pulak laki korang tu..

elok-elok sebelum kawen gemoks si lelaki..tetibe dah kawen kurus melidi..jenuh korang nak menjawab dengan ibu mertua..


done! hari ini aku dapat share a little tips untuk korang semua..jangan marah taw..sesaje je ni..untuk panduan aku jugak..

p/s: aku paling takot tak dapat tambat hati mak mertua aku nanti..mampu ke aku jage along segemoks sekarang ini?? bagi makan megi hari-hari bole?