Kesayangan GincoMerahJambu

Cakap Tentang Makhluk Tercomel Di Muka Bumi Ini

assalamualaikum..

baru lepas habis kan sebijik buah kurma sebelum habis waktu bersahur tadi..rasa buah kurma yang manis dan penuh dengan khasiat itu buat aku tak mampu lepaskan nya...

entry ini sepatutnya merupakan entry penuh kegembiraan tapi di sebab kan bahan untuk update entry ini telah dipadam sewenang-wenangnya maka apa yang ada saja lah yang aku mampu tunjukkan..sob3..

aku memang pantang jumpe dengan makhluk tercomel ni..lagi tambah geram kalau budak tu tak takut dengan orang dan sentiasa menunjukkan kecomelan yang terlampau!

siap bergolek-golek depan aku lepas tu makan je keje nye sampai aku pun di paksa bukak mulut sebab dia nak suap


sumbat makan dalam mulut dia banyak mane pun tak ape

he is Mohammad Aidil Nasriq..
satu tahun tujuh bulan dan 
masih sedang belajar bercakap dengan cara yang sangat comel! 

bear-bear = teddy bear

teate = kereta

pur-pur = dapur

aku dengan seronoknya bergolek-golek dengar dia belajar bercakap..cepat betul budak ni mesra dengan aku..wah! ni rasa nak mintak adik tambahan ni!

tapi ayah dah cakap "kalau nak adik kecik..kawen!" 

apakah? tak mungkin aku nak kawen semuda ini!...

pesanan untuk along: ehem-ehem boleh nampak tak wajah ke ibu an saya tuu..maka jangan lah along mensia-sia kan nya sebab saya ini boleh menjadi ibu yang baik ni..dan mampu membuli anak-anak along nanti..ekeke


3 comments:

diana said...

nanti kalau dah kawen mesti beranak ramai ni..hahahhh

Si Pujangga said...

kawin mude la bgus.. ramai anak.. :)

WiE said...

ada wajah keibuan la.. :)