Kesayangan GincoMerahJambu

Showing posts with label Deco Idea. Show all posts
Showing posts with label Deco Idea. Show all posts

Masuk Waktu Rajin ;)

assalamualaikum,

boleh tak kalau nak cakap aku ni kadang boleh gila kalau bawak masuk kedai barang hiasan rumah,

*ok bukan kadang-kadang, tapi tetiap kali masuk mesti tak tentu arah

memang pesen suka letak gambar besar dalam blog, 

aku plan masuk romantika melaka sebab nak belikan something untuk FMIL je, tapi baru sampai pintu masuk dah nampak cenggini punye comel bakul bulat ala-ala bentuk epal, haih..tak boleh tahan lah camni. ambik satu untuk diri sendiri.

kenapa lah romantika best sangat lepas tu barang murah dan sangat mampu dibeli orang gaji kecik-kecik? lepastu orang-orang macam haku mula lah berangan macam-macam untuk rumah sendiri nanti, bhahahaha

lepas tu aku nampak muka terkejut orang tu tengok total aku kena bayar plus hadiah FMIL, ini baru sikik, baru untuk bilik belum ruang tamu, dapur, bla bla bla. hahahahaha. naseb lah 



misi mempergunakan frame omey!!

Frame 3 gambar : RM 15.00
Frame 2 gambar : RM 12.00

aku semalam konfiden masuk kedai gambar cuci tak banyak mana gambar kena sampai dekat limapuluh hengget. *menangis kluarkan duit


menangis lagi sekali tengok gambar nunang omey sangat kenapa?

hahahahaaa

gila,  lepas tunang ni asyik lebih gula je aku


bedside table

yang lagi dua tu masih terdampar atas meja sebab cita-cita nak sangkut dekat atas kepala katil tapi tak gtaw ayah lagi. hihi 

hewhew,

will have review on that ohsemm st.ives lotion soon! 


till then people

thanks for reading this

(nak tak tahu syie punye skincare routine yang baru? yang membahagiakan daku parut-parutku?) 



D.I.Y : BILIK PINK KITA ^_^

assalamualaikum..

selamat bulan november si cantik manis ^_^

ingat lagi tak entri yang syie membebel pasal nak cari warna untuk cat tu? sekarang bilik dah cantik di cat warna idaman walaupun ramai cakap warna tu tak cantik, cair sangat, bilik dah luas cat warna cair nampak lagi luas .. ihihihi.

sekarang mari belajar cara cantikkan bilik tanpa melabur walau satu sen, atau versi orang kedekut.



semalam baru sempat pergi rumah atuk mintak pinjam staple gun yang besar tu, nak beli sendiri tengok harga pun dah lemah jantung, nak pakai kejap je takkan nak laburkan dekat RM40.00 semata-mata nak gantung tirai tu? .. nehi nehi *bunyi kedekut,

mengaku, memang bukan panjat kerusi tu sendiri , memang bukan tampal tirai ni sendiri, sebaliknya cuma jadi tukang pegang kerusi dan tahan supaya ayah tak jatuh masa pasang tirai ni, bukan tak sampai tau, kita ni 162 taw.. cuma tak kuat je, sape cakap kita pendek siap 

ze picture of my new favorite room yang buat diri ni rasa tak mampu bangun dari katil pagi tadi,


tirai putih dari makcik kesayangan yang merupakan seorang event planner, jadi bila buat event besar-besar benda macam ni memang akan dibuang atau digunakan untuk benda lain, mintak je dari beliau, harga tak tahu sebab tak pernah jumpa tirai ni dekat mana-mana, 

pokok pink ni dah beli lama sesangat, rasanya beli masa raya tahun lepas, dekat pekan bahau, satu paket ada empat bunga yang macam kain felt tapi tebal. harga mungkin dalam RM3.00 , kot =,=

bola bola purple boleh beli dekat daiso, yang ini adik bagi ; )

nampak tak projek ini langsung tak menggunakan walau satu sen duit sendiri. keh keh keh *nada kedekut



Embedded image permalink



tirai ni dibahagian dinding taw, bukan bahagian tingkap bilik, jadi sekarang satu bahagia dinding dah nampak penuh nampak comel sampai mama bagi tahu ayah, mama pun nak jugak pasang tirai macam ni dalam bilik. hihi.. 

masa hias tirai ni semalam rasa macam tengah hias pokok krismas sebab gantung bola-bola tu, tapi ini bukan pokok krismas taw, dan semua hiasan yang melekat pada tirai ni syie cuma lekatkan guna double tape, kecuali painting. 








my favourite girl bedroom

i adore her work damn much, this is what we call D.I.Y, frame lama-lama yang dah rosak dia spray semula dan letak gambar kegemaran lepas tu gantung kt dinding bilik dia, sangat sangat cantik! 



Deco Idea: Wall Colors Inspiration AND Idea

assalamualaikum..

hamboi tajuk kemain omputih bagai, ^_^


lepas tu dua hari lepas mama kol

mama: kakak, cepat..nak mozek warna ape? mama nak beli dah ni

masa ni idea memang dah ada tapi belum betul-betul yakin dengan idea tersebut, mama pulak dah nak beli mozek so terus mama beli mozek warna yang dah ada dalam kepala tetapi belum betul-betul yakin.

acano tu?


meh sini cerita, perempuan kalau cat bilik mesti nak warna-warna perempuan kan? semua nak pink pekat pink cair pink suam *eh ade ke? . tapi sekarang cerita nya nak cat bilik perempuan yang rasa warna pink tu bosan. 


disebabkan sekarang tengah trend pastel. jadi syie decide pastel untuk bilik baru nanti, untuk peringkat sekarang proses nak pilih warna cat yang paling sesuai dan awak-awak tolong syie boleh? tolong pilih warna yang paling cantik sebab syie suka semua! rasa nak tukar cat bilik secara bergilir2. *hamboi banyak duit?




love at the first sight

lembut nya warna, dengan cadar pink lembut..tenang rasanya mungkin sampai tak sanggup tinggalkan bilik nanti. 


pink coral

merah jambu dengan sedikit pengaruh oren, nampak comell dan berani bilik nanti


me love this one too

tenang dan nyaman serta luas, sebab bilik syie nanti tak lah besar mana


purple?


putih sahaja

which one? 

semua pun cantik-cantik dan sejuk je dekat mata ni, kalau suruh pilih memang tak dapat pilih sebab nak semua, tapi bilik cuma satu..apakan daya? 

ini baru cerita cat bilik belum masuk cerita set perabot lepas tu deco-deco, tapi syie sentiasa akan review dan update tentang bilik baru ini dan decoration untuk bilik ini dari masa kesemasa, mana lah tahu boleh bagi idea kpd orang lain yang nak makeover bilik atau yang dapat bilik baru dan sedang cari idea untuk hias bilik.

because sharing is love and i love you follower and readers! 

tenkiu for reading this!