Kesayangan GincoMerahJambu

Showing posts with label Delicious taste. Show all posts
Showing posts with label Delicious taste. Show all posts

January Delicious Taste

assalamualaikum..

people ^,^ 

sebenarnya jari agak excited untuk menaip pasal makanan ... sambil perut bergoncang-goncang lagi minta diisi lagi .. perut aku adalah sejenis perut yang agak sukar untuk diam dalam jangka masa yang lama kecuali waktu tidur kerana ia hanya menerima jumlah makanan yang sedikit dalam sesuatu masa maka ia agak mudah berasa lapar semula dan mengakibatkan pengambilan makanan yang dikenali sebagai "makan sedikit tetapi berulang kali"

eh ayat macam sains ! 


................................



steambot set for two person ,nasi dengan ayam bbq dan nasi goreng nenas belacan
(jenuh translate)

silakan tengok betapa banyak orang tersebut makan sayur konon-konon korean sangat .. steambot pun banyak sayur je .. actually ada isi macam-macam tapi mendap kebawah .. kalau keluar dengan along wajiblah angenda terbesarnya makan .. dan ini boleh di jumpai di Johnny Restaurant Dataran Pahlawan Melaka .. 

dan memang sebenarnya sangat banyak untuk dua orang makan .. tapi berjaya dihabiskan .. tak elok membazir .. dan nasi goreng nenas berbelacan tu buat orang sakit perut idk how it taste sebab aku makan nasi ayam bbq .. steambot dia ok lah .. boleh lah rasanya ..


tutti frutti 

ada dekat dataran pahlawan so im so excited nak makan sebab seluruh semesta asyik cakap pasal ni dan jeles sikit sebab aku orang-orang yang lambat untuk rasa benda ni .. it soooo yummmyyy in chocolate and sangat masam in original flavor ... jadi jangan tersilap dan mintak mintak orang lain punya chocolate yogurt .. 

"along salah ambik flavor lah .. masam sangat lah .. nak sikit coklat tu .. "

kihkihkih


dekat sini agak sukar untuk dapat western food macam dekat manjung 
(manjung sentiasa di hati ..eiceh!)

berkobar-kobar oder chicken chop .. tapi dapat chicken grilled with black paper sauce .. 

tapi orang lapar memang selalu tak cakap banyak .. makan sampai habis baru cakap 

"sedap-sedap tapi tak boleh lawan chicken chop kat billion n nasi ayam mama manjung .. kat sane lagi sedap"



sambal goreng tempe!

yang ini ialah special free oder from terengganu sebab orang kat sane merengek-rengek mintak sambal goreng tempe .. "selamat datang ke keluarga jawa!" eh!

sedap sebab rasa garing ikan bilis dan sambal yang manis-manis pedas 
*puji diri sendiri.. puihh!*



last last last


apam pelbagai rupa dalam kon 

eiceh! 

baru buat pagi tadi sangat sedap .. sedap .. sedap sebab mama buat pelbagai rupa sebab keluaran pertama rupanya lain.. keluaran seterusnya terus jadi pelbagai rupa

(semua orang dalam rumah ni sangat rindukan manjung .. see, berpindah dan proses menyesuaikan diri adalah masa yang sangat panjang untuk diambil)