Kesayangan GincoMerahJambu

Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Shopping List: Laniaz.com

assalamualaikum..


kadang-kadang I terfikir "eh, apesal leceh jadi wanita bila masuk bab apa nak pakai, warna apa, nak kasut apa lepas tu tudung apa (nak bawal ke/ wide shawl ke/instant ke) dan biasanya mood pakai tudung seorang perempuan bergantung pada cuaca dan tahap kerajinan =,=

kalau tahap emak emak yang baru pakai anak tudung anak kat sebelah dah meraung sebab insecure takut kena tinggal haruslah tudung versi instant atau bawal yang tak perlu gosok . *eh tercakap pasal diri sendiri pulak

lepas tu bab beg, dulu masa anak gadis masa prengnant rasa pebenda ntah usung beg gedabak yang cuma isi phone dengan wallet maka ku simpan dalam lemari sampai beg reput sendiri, tapi sekarang nak sumbat pempers, baby wipes, air masak eh minyak yuyi, camera instax, phone dan sebagainya baru kenal erti ber beg besar



then baru sekarang cari handbang besar yang affordable dan cun untuk digasak sebab kejap lagi anak makan calit tangan atas beg mahal mak kang termarah anak kat rumah kenduri kan termalu iolls sebab tak menjaga tatasusila 


yang ini dah la besar ada lagi dua anak jadi yang sederhana tu muat pempers/wet tissue/baju spare/minyak yuyi kan, yang kecik tu cukup lah letak compact powder dengan gincu mak. nampak tak betapa kurang nya kepentingan diri sendiri sekarang .tsk!

jadi nak cari handbag murah dan banyak pilihan kita cari kat 

Laniaz.com





apa istimewanya kalau shopping handbag kat Laniaz.com ni?



gila tak istimewa, dah la sekali sign up dapat diskaun 20% lepas tu dah memang ada item on sale yang cun melecun lepas tu setiap minggu ada sale sale sale

pilihan banyak pulak tu

free delivery lagi

untung untung untung!!


boleh pilih nak gaya apa, brand apa semua dah senang bila shopping kat Laniaz.com 

^_^



lepas ni I kena lebih rajin bukak web laniaz ni untuk beli beg dengan harga diskaun selain I memang suka shopping dekat web sebab tak pening dan mudah harga pun dah letak siap-siap tak perlu nak pm atau whatsapp me first untuk tahu harga barang. buang masa betul untuk orang yang sentiasa sibuk macam I 

........................................................

senang saja nak cari Laniaz Malaysia ni. cuma klik pada link dalam entry ini atau kalau entri ni dah hilang kebawah boleh klik pada banner Laniaz.com kat belah kiri blog ni


xoxo


Maderma dan d'nars skincare

Assalamualaikum,
 
 
sebenarnya baru selak overview dan rupanya ramai cari review krim maderma a.k.a krim hilang parut bak kata dalam tv gitew , oh boleh refer post yang ini sebab dah bertahun pun post tu plus syie dah lama berhenti pakai maderma taw. meh nak cerita macam mana kulit ni boleh pulih. sekarang muka I dah dibebaskan dari segala masalah jerawat muka badan
 
 
 
 
tapi macam mana boleh bebas?
 
anggaplah semua itu rahmat ibu mengandung, (ececeh sangat!)
 
 
sebenarnya I pun dah putus asa putus harapan lepastu dah malas pk pasal muka dah, yang I tahu bila jerawat naik je cecepat picit pasal banyak nak bagi baik cepat konon sedangkan dah tahu jerawat tu jangan dipicit. lepas tu terasa kepuasan tengok lemak jerawat tu keluar. eww sangat perangai dulu
 
 
masa trimester pertama jerawat I memang teruk, mungkin bercampur dengan perubahan hormon tapi masuk je trimester kedua I cecepat cari salon buat facial akak tu rawat balik muka ni, keluar kan segala benda-benda dari kulit ( salah satu sebab pun asyik bertukar produk) terus bengkak muka untuk dua hari. bengkak dan merah-merah
 
kakak tu pesan untuk dua minggu jangan pakai apa pun dekat kulit kecuali untuk cuci muka
 
 
masa dua minggu berfikir tu lah masa tu d'nars baru keluar tengah toptop lagi dekat wanita hari ini asyik review d'nars sesaja, dekat instagram asyik dealer d'nars request nak follow jadi sebagai seorang yang amat mudah terpengaruh (bak kata suami) terus dapatkan jugak d'nars. tapi sebelum tu tips nak beli skincare ni kira dulu ikut kemampuan ye dik, jangan ingat sekali beli je, sebab I kan suri rumah jadi sedar diri jugak lah sebab tu beli d'nars saje, kalau terlajak mampu dah pakai SKII . ahaha!
 
 
masuk bulan ni dah setahun pun dengan d'nars Alhamdulillah tak buat hal dah muka kecuali sebab aku tak ada masa sangat-sangat nak menjaga bersamaan dengan malas. realiti taw, jadi mak for the first few month memang selekeh tapi lepas tu ok lah sempat je sapu gincu pakai bedak pakai perfume tiap kali lepas mandi


 
haa, faham tak bukan nak flawless serupa muka dangan kaca tiada beza tapi ala, setakat mudah nak diurus sudah sebab setiap hari jadual dah cukup padat tak sanggup nak jumpa masalah kulit lagi penat bertahun-tahun asyik fikir pasal kulit muka. now, Alhamdulillah..
 
setakat keluar jalan-jalan pasar malam lupa pakai bedak pun konfident beli ayam bakar madu
 
 
 
 
 
 
XOXO
 
p/s: maaf lah entri bersepah sebab syie blur blur lagi taw, nanti bw blog lain mungkin mampu pulihkan keadaan penulisan ni. ehe!
 

Adore Adore ADORE HER BEAUTY

assalamualaikum :)

hiks!

sekarang-sekarang ni kalau update blog memang sorry nak tulis cerita lain sebab semangat berkobar-kobar nak promote bisness sendiri, yang finally..finally.. tertubuh dan semakin mendapat perhatian

Alhamdulillah :))

dan ramai nasihat kan

"syie, buat lah fanpage untuk lagi ramai yang alert tentang adore her ni."

ambil masa jugak sebenarnya sebab syie tak tahu nak manage fanpage pon, buat fanpage blog pun macam tersadai macam tu je, malu nak update-update.. haih =,=

tapi semangat baru, semangat semangat semangat!

 SET PALING HOT!

 AND MY OWN TESTIMONI >,<

"sebab apa syie jual produk ini?, sebab syie sendiri pengguna..and Insyallah syie akan tolong korang, guide korang cara penggunaan macam syie dan dapat kulit cantik semula"

sekarang Alhamdulillah, dah rasa confident berdepan orang ramai, even belum pulih sepenuhnya tapi dah puas hati sangat-sangat

JOM LIKE FANPAGE ADORE HER


Thanks Korang >,< 


Gincu Merah Pekat

assalamualaikum,

kaku sangat =,=

dah berkurun tak buat review, kesian readers blog ni baca entri lama je, yang baru semua tak best kan ?

and hello,

hari ni mari berkongsi kegilaan paling baru, baru beberapa minggu menjadi gila, lepas tu sangat gila, hahahaha!

jadi macam ni sebab terpaksa sebab i can't wear any nude or soft lipstick anymore. tsk!! saya nampak pucat sangat pakai soft color lipstick which is collection paling banyak saya ada adalah dari color yang soft, sekarang terbiar, macam tu sahaja.

revlon kegemaran pun terkulai layu jugak, nampak macam tunggu masa untuk pass dekat mama atau dekat adik perempuan 

now im in love with this


simplysiti bejeweled ruby addition (yang merah menyala)

and

maybelline berry brilliant. code 996 (puple..yes im serious its in purple)

simplysiti punya, amacam? menyala ke idok?

i tengok pun seram, lantas tak pakai dah hari ni, hahahaha.. esok esok lah kalau ade orang ajak dinner kat hotel mahai i berani lah pakai. mihmihmih


i might say maybe... i still in love with revlon sebab long lasting dan kalau makan ke minum ke memang kaler tak hilang langsung. ok..lepas ni cari revlon punya bold kaler pulak. hiks! 
......




and life sekarang ni Alhamdulillah, dah mula dapat feedback baik dari my own customer, customer yg i consult cara pakai, and yes.. i love love love beauty world so much

so ni macam one of my dream come true bila dapat tolong orang lain jugakk, dan kepuasan sebab minat dalam kecantikan tu dapat dipanjang kan .. Alhamdulillah





happening now!! 

jom add FB: ADORE HERBEAUTY 

...

My Recent SkinCare Routine

assalamualaikum,

tak lah kena tunggu lelama sangat kan nak baca pasal skincare routine syie kan? *kenyit mata




this is me now!!
falling in love with my new skin
(walaupun masih belum pulih sepenuhnya AT LEAST tak perlu camera 360 pun dah yakin)

SILKYGIRL BB CREAM + BABY POWDER= IM READY TO GO


syie jenis yang berkerja dari pagi sampai malam setiap hari, kerja kerja kerja, dan sedikit sebanyak kurang masa untuk diri sendiri, tapi kulit teruk gile ni..ingat tak entri syie yang lepas-lepas syie pernah sebut kulit syie masa majlis tunang pun teruk.



berani dslr nak mentipu?

yang atas tu betul-betul syie, jangan lah terkejut sangat, selama ni dah pakai bedak sesikit memang la lawoo je korang nengok, tapi seriusly masa syie tunang kulit syie macam tengah mengamuk, teruk sangat, langsung xnk berkerjasama. sedih nyee :(

tapi masih lagi dengan pendirian syie, nak pakai produk yang paling senang, yang tak payah 

cuci muka-toner-moisturizer-krim siang-krim malam= TAK MAHAL

hihihihihi

and now i found love




YA ALLAH,
rasa nak peluk pengasas produk ini, sebulan syie pakai Alhamdulillah, syie semakin pulih walau tak lah parut yang bertahun tu hilang sepenuh nya lagi, tapi semakin mencerah dan muka pun sentiasa nampak segar dan tak kusam lagi.

setiap hari syie cuma cuci pakai sabun pinkish dan malam sebelum tidur syie apply GCG (gel) dekat muka, as my mom yang ada jeragat pakai pun jeragat dia semakin mencerah. Alhamdulillah.

dah lah tak mahal, dah lah senang, dah la MAGIC!! 


THIS IS ME 
MASA NI BARU DUA MINGGU GUNA PINKISH LEPAS TU MASA KELUAR NI PUNYA LAH PANAS BERPELUH-PELUH, TAPI SYIEEE?? 

MUKA DAH TAK KUSAM, SENTIASA FRESH SAMPAI MALAM.



HOW TO GET THIS AWESOME PRODUCT:


add this facebook because im the owner!! 

weee..selalu review product untuk kulit sampai beria-ria cuba segala jenis product untuk hilangkan parut-parut sekarang syie nak tolong orang pulak,

ehemm..jangan risau..harga follower readers tersayang jee 



Product Review: St. Ives Daily Hydrating Lotion

assalamualaikum,

hari tu ada janji nak update pasal lotion yang best sangat-sangat tu, so citenye sekarang ni nak update lah ni.

yang janji manisku nak update pasal skincare routine yang baru tu .. erm ermm... esok atau lusa Insyaallah syie akan update .


my new skin after three weeks using my new skincare 
"DAH BEBAS DARI KULIT KUSAM, KULIT GORENG IKAN, DAN PARUT ALHAMDULILLAH DAH MAKIN MEMUDAR"
makeup : bb cream + baby powder ONLY

................................

tapi yang ni cerita lagi sehari dua lah ye, 

*alah..esok lusa tu macam kenyit mata je

hello to my new love love love


ST. IVES Daily Hydrating Lotion
with 
VITAMIN E

siapa kat sini tahu kebaikkan vitamin E?

vitamin e ni sebenarnya antara vitamin yang sangat baik untuk kulit kerana ia mampu memperbaiki kulit, kalau Vitamin C fungsi nya adalah untuk bagi kulit lambat kendur, vitamin e pulak untuk memulihkan kulit. 

nampak tak hint dekat situ? kalau ada yang nak baiki kulit yang berparut tak salah kalau cuba vitamin e atau ubat/produk yang mengadungi vitamin e 


on my review:

lotion ni sangat-sangat hydrated sebab syie berkerja dalam aircon untuk sebelas jam sehari dan kulit sekitar siku senang sangat nak jadi kering dan pedih. sapu lotion ni alhamdulillah kulit sentiasa rasa lembab. hihi

dan satu lagi bila malam sebelum tidur syie apply lotion ni, alahaii ... bagun pagi kulit rasa lembab, rasa ringan, rasa anjal . *tetiba rasa anjal . hahaha

sebelum tidur letak kat tapak kaki kasar, moga-moga dapat tapak kaki lembut mcm baby. weeee! 

jadi sekarang syie letak sikit lotion ni dalam botol kecik dan bawak kat tempat kerja, hihi

RM 11.90
WATSON




NEXT UPDATE

MY NEW SKINCARE ROUTINE AND MY MAGIC PRODUCT 

STAY TUNE


Masuk Waktu Rajin ;)

assalamualaikum,

boleh tak kalau nak cakap aku ni kadang boleh gila kalau bawak masuk kedai barang hiasan rumah,

*ok bukan kadang-kadang, tapi tetiap kali masuk mesti tak tentu arah

memang pesen suka letak gambar besar dalam blog, 

aku plan masuk romantika melaka sebab nak belikan something untuk FMIL je, tapi baru sampai pintu masuk dah nampak cenggini punye comel bakul bulat ala-ala bentuk epal, haih..tak boleh tahan lah camni. ambik satu untuk diri sendiri.

kenapa lah romantika best sangat lepas tu barang murah dan sangat mampu dibeli orang gaji kecik-kecik? lepastu orang-orang macam haku mula lah berangan macam-macam untuk rumah sendiri nanti, bhahahaha

lepas tu aku nampak muka terkejut orang tu tengok total aku kena bayar plus hadiah FMIL, ini baru sikik, baru untuk bilik belum ruang tamu, dapur, bla bla bla. hahahahaha. naseb lah 



misi mempergunakan frame omey!!

Frame 3 gambar : RM 15.00
Frame 2 gambar : RM 12.00

aku semalam konfiden masuk kedai gambar cuci tak banyak mana gambar kena sampai dekat limapuluh hengget. *menangis kluarkan duit


menangis lagi sekali tengok gambar nunang omey sangat kenapa?

hahahahaaa

gila,  lepas tunang ni asyik lebih gula je aku


bedside table

yang lagi dua tu masih terdampar atas meja sebab cita-cita nak sangkut dekat atas kepala katil tapi tak gtaw ayah lagi. hihi 

hewhew,

will have review on that ohsemm st.ives lotion soon! 


till then people

thanks for reading this

(nak tak tahu syie punye skincare routine yang baru? yang membahagiakan daku parut-parutku?) 



Product Review: Fellina Beauty VIT C

assalamualaikum..

so so sorry,

syie dah lama sangat tak update review, bukan sebab malas tau tapi sebab syie jenis kalau nak review sesuatu product tu biarlah syie sendiri rasa, bukan rasa-rasa dua tiga hari terus review tapi at least sebulan guna baru syie review.

macam fellina vitamin c ni syie dah ambik selama dua bulan baru berani review (sebab tak nak org ckp syie tipu)


first beli masa bulan 12 masa nak tunang sebab konon nak kulit buruk tu jadi cantik cepat-cepat..padahal kalau fikir balik mana ada ubat yang makan seminggu dua terus jadi sempurna. haha. 

masa tu kalau ikut kan agak frust jugak sebab tak menjadi muka cantik, yang jadi semua orang tanya.."kenapa muka teruk..hari tu masa raya elok je lagi?" serius malu *nangis tepi pintu, tapi lepas tu terima lah kenyataan yang mana ada benda super express kat dunya ini. so syie continue makan sampai sebulan..

perubahan:

yes, sebab syie punya parut jenis parut gelap sampai diri sendiri pun geli tengok, masa bulan 1 memang nampak dah pudar, tapi tak hilang lagi..awal bulan 2(februari)2013 parut yang kecil-kecil dah semakin-semakin pudar. seronok hoi!! 

sekarang sikit lagi dah nak baik..syie tak tipu,

tapi sedihnya syie terpaksa berhenti ambil vitamin ni sebab alahan pada makanan laut/resdung syie, salah satu bahan vitamin ini ialah pure marine collagen which is mengakibatkan sedikit kegatalan pada kulit syie, dasar tangan tak reti duduk diam, gatal sikit syie garu-garu. tapi bukan lah keruk2 semua tu. korang jangan salah paham pulak

selain itu,

ada yang cakap makan vitamin c fellina ni tak nampak pun perubahan, ni syie bagi tips mcm mana nak nmpk perubahan

1. minum air masak banyak-banyak sebab bila dah makan ubat tu, kita kena lah bantu dia keluarkan toksik dari badan, cara nak bantu ialah kita minum air masak banyak-banyak dan toksik akan keluar masa korang buang air kecil

2. berpantang daripada kopi dan udang, sebab ini yang paling syie ingat sampai sekarang dah dekat 3 bulan tak sentuh kopi gigi pun makin cerah, hahaha..tapi udang tu ada jugak makan kadang-kadang. 

3. makan malam dulu sebelum makan ubat, ini sebab syie ada baca yg cara makan ubat ni "makan selepas makan  malam" means syie tak makan dengan perut kosong lah



so untuk suggestion pembelian,


syie suggest kan cik n syuhada sebab syie selama ni pun beli dengan dia, barang sampai cepat..berurusan pun mudah, dan postage free. yang penting ORIGINAL

nyenyenye!


i recently change my beauty routine dan tak makan apa-apa vitamin/suppliment buat masa sekarang, nanti kalau best kita update jugak sebab misi sekarang ni cuma nak kulit ni licin macam dulu je, rupa tak cantik tak apa yang penting bersih. wish me luck!



PRODUCT REVIEW: Baby Lips Color

assaalamualaikum..

kembali ke alam nyata buat daku yang beberapa ketika asyik update entry nunang je, hewhewhew.

faham tak perasaan keciwa yang melampau bila salah tengok iklan lepas tu salah beli sebab yeyeye je aku ingat benda yang aku beli tu serupa sebijik macam yang aku tengok dalam you tube, dekat setahun tunggu bila benda ni akan datang malaysia sekali yang datang menghampakan. tskk





tahukah kau wahai maybelline malaysia yang aku dihimpit rasa cemburu setiap kali tengok channel mcbarbie07 mesti "maybelline baby lips yang ini di review setiap bulan?" 

lipstick yang terus satu pack lipbalm siap ada warna yang comel-comel. 

*menangis tunggu benda ni keluar dekat malaysia


akhirnya cuma dapat memiliki yang ini, *menangis tepi pintu saat sedar rupanya dah salah anggap lalu terus salah beli baby lips color warna rose addict* . tapi seteruk apa pun menangis tak akan dpt semula RM9.90


yang jadi teruja sangat nak dapatkan baby lips gambar pertama sebab sepanjang jadi pengguna baby lips sangat puas hati sebab ia langsung tak mengeringkan, pernah tak alami beli lip balm bila pakai bibir merekah kering?. tapi yang ini tidak,, baby lips color yang ada dekat malaysia sekarang ni, bolehlah..tak terlalu berwarna dan sesuai untuk touch up bila lipstick merah dah pudar

syie cuma tak sure sama ada, 

"aku sorang je yang tak jumpa baby lips lipstick dekat sini"

atau

"dah memang ada dekat malaysia cuma aku yang tak jumpa lagi"

kalau dah ada please let me know ^_^ 

because i super love this product 





REVLON, BEDAK SEJUK DAN ..ehem kita..

assalamualaikum,


hai, sebenarnya nak update pasal benda-benda kecintaan jiwa sepanjang bulan duabelas ni tapi sebab nak bagi tajuk tu nampak lelebih kita letak revlon dan bedak sejuk supaya nampak menarik, its almost new year readers,  ^_^  dan ehem ehem..


kini masa untuk review produk kecintaan kita sepanjang bulan ni 




semua orang pernah nampak bedak sejuk ni, senang nak cari dan harga sangat murah cuma RM5.00 dan pakai seminggu tiga hingga empat kali sekarang muka dan sangat sangat kurang berminyak lalu rasa bahagia sebab dah tak perlu kesat minyak di dahi setiap sejam 

siapa yang kulit berminyak macam kita patut cuba ini, bukan bedak sejuk biasa syie beli, ini bedak sejuk gamat


oh my love,

tahu tak dari dulu kala teringin sangat nak ada revlon, dulu masa sekolah kalau pergi the store sitiawan mesti usha tempat makeup revlon ni, tapi lepas tengok harga terus lupakan hasrat terpendam well, budak sekolah, budak poly rasa membazir sangat beli lipstik harga tigapuluh lebih baik beli yang silkygirl harga tujuhbelas. HAHAHA

REVLON GROW LUSCIOUS PLUMPING MASCARA

I LOVE THIS!

berus lebih besar dari mascara yang syie pernah pakai dan tahan sampai malam lepas tu bulu mata tak payah ketip-ketip lagi sebab bila sapu mascara ni terus bulu mata melentik cantik (sebenarnye pelentik bulu mata hilang)

REVLON JUST BITTEN KISSABLE BALM STAIN

oh pengakuan jujur disini, kali pertama tengok dekat youtube tapi masa tu benda ni tak ada lagi jual kat malaysia sebab..lambat sangat nak sampai kot..hihi

tertarik sangat nak beli sebab lipstick bentuk pencil, eh! haruslah kita excited sebab bentuk pencil lain dari yang lain..mihmihmih

syie suka sangat warna nya, terang, tahan lama dan sangat hampir pada satu warna lipstick AVON kegemaran syie dulu

tapi, bau dia tak best sebab bau macam ubat, dan bila pakai setiap hari bibir jadi kering..jadi cuma pakai sekali sekala dan syie pakai ini jugak for my 


yeah! im officially someone fiance now


22-12-2012

p/s: syie kemungkinan besar tak akan buat review tentang my sweet engagement dekat blog tapi depends pada permintaan awak-awak .. kita takut tetiba beauty and health blog ni jadi bride to be blog..acane? HAHA

love u readers 





Tips: Two way cake and baby powder

Assalamualaikum..

hello follower baru! *bagi kiss sorang satu

pernah tak terjadi bila anda keluar shopping dan masa tu dah masuk waktu solat tiba-tiba tengok dalam beg terlupa bawak bb cream/foundation? lepas tu menggelabah, parut jerawat dah lah merata..adoii malu nyaa!

seriously its happen to me, dan masa tu macam hilang arah sebab wet tissue bawak, untuk lap makeup dah selesai tapi untuk apply makeup lepas tu, takkan nak tabur bedak je? kalau kulit ni gebus macam dulu-dulu takpe jugak..


cerita sedihnya, sejak parut jerawat menguasai diri keyakinan diri pun macam terbang, kalau dulu sikit sikit sekarang dah membukit, 

lepas tu baru teringat yang dah bertahun pakai miyami two way cake ni, its two way, jadi selamat sungguh rasanya sebab tahu dalam beg ada compact powder yang boleh dijadikan foundation jugak, nyenyenye! ^_*

caranya tak susah, basahkan sikit span lepas tu dap dekat bedak

tapi pastikan awak tukar span baru lepas tu sebab bila span lembab ia memerangkap kuman dan bakteria jadi nanti boleh membahayakan kulit.



sejak kulit saya jadi terlampau berminyak walaupun kerja dalam aircon untuk sebelas jam sehari, tak pernah sentuh pelembab, saya asyik cari jalan untuk kurangkan kilatan pada muka ni,

then saya terfikir, kenapa saya berhenti pakai bedak bby lepas apply foundation/bb cream? dulu masa saya buat semua tu kulit saya dalam keadaan terbaik, sangat bahagia masa tu,

jadi sekarang saya guna cara lama semula, *_* 

sederhana, semulajadi dan tidak keterlaluan.



OCTOBER FAVOURITE

assalamualaikum,

ampun dan maaf dipinta sebelum hamba meneruskan bicara kerna hamba tahu blog ini sudah berminggu tak diserikan dengan cerita terbaru, update terkini, info yang ntah betul ntah tidak, pengalaman yang selalu aku cerita macam dulu-dulu *krikkrik , 

syie hilang bersebab, dan bangun semula bersebab (^_^) dan berjanji mulai hari ini akan rajin-rajin update blog supaya korang yang view blog kita hari-hari ni ada sesuatu untuk dibaca, tapi tak janji update hari-hari taw..taw taw.. 

kita biziss gilosss, sampai nak snap gambar makan bege triple special letak cheese pun tak sempat, =)  dah la bizi lepas tu stress lepas tu jerawat berlambak sebab stress lepas tu kulit kusam gile sebab tak cukup rehat, sedih tau kerja seorang customer services ni, enkorang besok belajar biar rajin-rajin biar jadi boss jangan jadi kuli.



tantekk tak gambo iteww dalam circle giteww, *eh geli

instant mask ni dah review dari bulan lepas lagi dan masih masih menjadi barangan kesayangan ini, beli sampai empat dengan harapan guna seminggu sekali, tapi non hado..dah masuk minggu keempat tapi baru dua pack pakai, konon beli yang firming tu supaya ada shape sikik pipi ni tapi, .. yang firming tu seriously tak best! yang whitening tu masih dalam peti ais tak berbukak dan yang sentiasa dihati mestilah oil control,



sebenar nya awal bulan sepuluh hari tu ada terniat nak buat satu entri untuk cabar diri sendiri guna barang makeup murah..MURAH.. sebab syie ingat lagi dulu-dulu masa belajar beli barang makeup, masa tu sekolah lagi mana merasa nak ada duit banyak2, beli eyeliner pun harga RM 2.90 beli mascara pun RM5.00 lepas tu mata dapat efek lebam sebab barang murah dan cair tidak berkualiti.



tapi sebab tetiba termasuk dalam kedai mini area bukit gambir ni nampak banyak gile barang makeup murah yang berjenama syie pun teringin cabar diri sendiri guna semula eyeliner murah, macara murah..hew hew

mascara: 

falsies volume express by maybelline kalau beli kat watson/guardian RM35.++, tapi beli di kedai barangan tiruan cuma RM9.90..superrr murah, dan kalau korang tahu mascara falsies yang asli kita tak perlu gunakan pelentik bulu mata sebab bila sapu je mascara ni automatik bulu mata jadi lentik, macam dah dikepit sebelum tu, ini juga terjadi bila pakai falsies tiruan...senang kerja sekarang tak payah kepit-kepit sapu je falsies bulu mata dah melentik sekali siap coat dengan mascara.. 

cuma beza nya mungkin dari segi kualiti cecair agak kurang kot, sebab terlalu cair.

eyeliner:

RM6.90 and i hate it.. sebab bila pakai dalam sejam dua eyeliner hitam tiba-tiba bercapuk lepas tu ada warna-warna putih..tak mungkin kulat pada eyeliner?. 




haii, syie dalam bilik baru yang ermm2, macam homestay bak kata adik sebab luas sangat lepas tu kosong je kat dinding tu...kkk, kita tunggu gaji bulan ni kasi isi penuh-penuh.

ok babai,

tak lama lagi masuk bulan sebelas, *bunyi kaca pecah













My September Most Favourite

assalamualaikum..

its october u olls, beauty product review again =,=

bagi seorang syizazima selalu rasa tak setiap bulan ada je benda yang habis, macam sekarang eyeliner dah nazak, bb cream dah semput, concealer dah wassalam *tarik nafas..tapi tak cuti-cuti lagi

pada masa yang sama, bilik dah siap nak kena beli cat. nak kena beli decoration nak kena cari katil nak cari perabot, nak cari lampu comel-comel, *tarik nafas lagi..tapi tak cuti-cuti lagi

tamat keluhan hati syizazima, tak baik merungut tapi kadang-kadang kena jugak lepas kan apa yang terbuku di hati,,, dan semoga diri sendiri tabah untuk terus buat kerja yang dicintai ni sebab saya cinta kan kerja saya sekarang, amat cintakan *muka serius




gambar ni dah bertapak kat instagram awal bulan lepas, 

september menyaksikan betapa sikittt jumlah duit dilaburkan untuk benda-benda diatas (hala muncung ke atas) , well, i really need to tell myself supaya jangan boros, jangan buang sangat duit tu untuk yang bukan-bukan. JANGAN , and i hope it lasts longer 

MEDERMA GEL

produk paling, amat dan disayangi dari bulan september sampai sekarang pun ini adalah pojaan hatiku. ngehngeh!. ingat lagi tak syie buat review tentang penggunaan awal produk ni? sampai sekarang syie rasa dah tak perlu ambil krim malam atau apa-apa sebab satu produk mederma ni dah cukup, dia lah yang tolong pudarkan parut, dia jugak yang buat kulit lembut.

syie akan pakai mederma ni setiap malam selepas mandi, sebab masa tu kulit dalam keadaan betul-betul bersih dan urut sekitar tempat yang disapu gel ni untuk gel ni menyerap. RM35.00

MASK BIRU

hahahaha! sorry tak pandai baca tajuk (/^_^\) 

yang ini syie kureng sikit sebab terlalu basah dan tak begitu berkesan dekat kulit, yang ini maksudnya bila lepas pakai mask kita akan rasa perbezaan dekat kulit, sikit pun mesti ada, tapi mask ni macam nothing except rasa kulit minum air. RM4.50

MASK COKLAT (OIL CONTROL)

I LOVE YOU!

first time syie pakai ialah pada malam selepas kenduri kawin jiran sebelah, faham kan? kenduri kawin-panas-kulit panas-kaki sibuk .. *erkkk.. syie pulak jenis kulit berminyak jadi masa beli tu memang harap sangat produk ni membantu

and yes! best nye rasa kulit, masa pakai rasa kulit minum dengan banyak, siang nya kulit rasa best sangat sangat. bulan sepuluh ni beli sampai dua. haaaa..RM4.50

 ETUDE HOUSE DEAR DARLING TINT

i wear it everyday, 

jadi dah tahu kan betapa suka nya dengan lip tint ni?

langsung tak mengeringkan bibir, rasa cherry dan warna nya sebijik macam dalam gambar.,,merah yang comel. biasa nye syie akan apply my hot pink silkygirl lipstick dulu lepas tu dot kan lip tint dekat bibir. 

lepas tu bibir terus jadi menggoda. awww! 

RM25.90 
(sama je dengan harga tony moly tu tapi this is etude house dan saya lebih mempercayai ini)

coming soon

"as beauty product review"

Mederma Review (Part 1)

assalamualaikum..

ehem ehem!

ingat tak syie ada update tentang misi menghilangkan/mengurangkan parut jerawat hari tu? pada yang memang ada baca blog syie dia tahu lah yang syie ada beli satu produk ni "Mederma" awal bulan ini dan sepatutnya akan direview selepas tiga hingga empat bulan penggunaan. tapi kan...

"krim ni gatal"

"seriously, gatal sangat sampai kalau siapa jenis pakai malam sebelum tidur lepas tu jenis tido tak sedar, silap-silap bangun pagi dah macam kena cakar muka tu. sampai bila malam tu susah sangat nak tido sebab gatal sangat dekat pipi. gatal sangat taw, bukan sikit."




biasa nya syie akan tanya my officemate dia rasa gatal-gatal jugak tak pakai krim sebab kami dalam misi yang sama dan kami pakai skincare yang sama. hehehe! dia cakap dia pun rasa benda yang sama, gatal sangat sampai susah nak tidur, akhirnya kami decide teruskan pakai untuk tengok kesan nya.

krim ni tak lah buat muka jadi lagi teruk macam merah-merah atau kulit semakin pedih sebenarnya. kirm ni bagus. lepas seminggu lebih pakai krim ni baru mula nampak hasil,

kalau parut baru sapu mederma sebelum tidur esok pagi tengok parut tu dah pudar. eh cepat nya!




sekarang dah tiada rasa gatal yang teruk tu masa pakai, mungkin rasa gatal tu cuma pada awal penggunaan sebab sekarang dah boleh tidur dengan tenang tetapi jangan uolls picit mederma terus sapu lepas tu tinggal. buat sedikit urutan biar krim ni menyerap di kulit. baru cepat kesan nya

*siapa tengah angguk makna nya dia faham

keadaan kulit sejak pakai mederma?

perasan kulit ni macam kulit baby. lembut sangat sampai tangan ni asyik nak pegang kulit muka setiap masa


p/s: ini cuma early review tau. bukan review secara keseluruhan dan mungkin keadaan akan berubah dari semasa ke semasa. gambar pulak tak nampak parut sebab dah makeup. ^_^

REVIEW: LATEST SKINCARE ROUTINE

assalamualaikum..

seperti yang dijanji janji kan dari hujung bulan lepas hingga hampir tengah bulan ini syie nak buat review tetang skincare routine yang dah diamalkan selama 5-6 bulan ni.

bukan tak nak buat dari awal dulu tapi biarlah routine ni serasi dan bagus untuk dikongsi dengan orang lain, ye dak? sekarang dah masuk bulan ketujuh amalkan rutin ini jadi dah yakin lah nak bagi taw orang lain. sebab produk dah serasi dengan kulit dah kulit pun tak memberontak sangat.

kecuali lepas-lepas raya ni lah, 

makan melampau punya takde kawalan mana yang berminyak, kolestrol tinggi, terlebih karbohidrat..eh semua pakai tibai jelah ceritanya. jerawat pun pop pop pop keluar, kuku pun boleh tahan asyik kutil-kutil jerawat, lepas tu berparut balik..lepas tu padan muka sendiri dah kelam cari jalan nak hilangkan parut.

sedikit info ye, skincare routine syie cuma bergantung kepada dua produk iaitu sunblock dan cleanser SHJ. 


sebelum ini pun dah pernah review kan?

ini adalah keperluan setiap hari sebelum makeup tapi syie cuma guna sehari sekali sahaja iaitu pada waktu pagi sebab kulit yang berminyak tak sesuai guna moisturizer kerana nanti akan lebih menambahkan kandungan lempaban pada kulit lagi-lagi kalau duduk dalam tempat berhawa dingin. kulit tu macam tertutup, lain lah kalau sentiasa keluar pergi kelas pelembab adalah keperluan sebab tak nak kulit jadi kering nanti. 

ingat taw, kulit berminyak+pakai pelembab+duduk tempat berhawa dingin=hasilkan jerawat

syie pernah tanya pada beauty consultant tersebut, perlu atau tidak untuk saya pakai toner? . tapi beliau jawab kulit awak berminyak dan toner tidak sesuai kecuali awak mungkin perlukan krim yang mengawal pengeluaran minyak pada kulit. 

sebab tu tiada toner dalam rutin ini


this is love!

suka sangat tekstur pencuci muka ini dan buat kulit rasa sangat bersih dan lembut 

cleanser yang syie pakai ni rasanya cleanser terbaik seumur hidup, hihi.. sebab seriously kulit sangat baik dan tekstur cleanser ni pulak banyak buih, jadi bila lepas cuci muka usap-usap pipi aduhh..lembut nya. setakat kulit-kulit kasar dekat tepi mata dan mulut tu memang susah nak muncul sejak pakai ni. 

...........................................

itu sahaja rutin kulit selama ini. tak ada toner tak ada pelembab tak ada krim kecantikan tak ada krim malam

cuma syie ada amalakan sejenis collagen dalam bentuk pil, tapi ini baru masuk bulan kedua jadi tak best lah nak kongsi cepat sangat. tunggu kesan nya lagi dua tiga bulan baru ada berani nak kongsi


dekat pipi kanan tu sebenarya berparut tapi dah makeup jadi tak lah jelas sangat. yang lain kulit tak bermasalah sangat sekarang kecuali berminyak kadang-kadang

misi sekarang nak hilangkan parut jerawat dekat pipi

wish me luck! 

(produk-produk ini adalah edaran CK BEAUTY, tak silap syie hanya boleh didapati di sekitar johor dan melaka) 







Tips: A PART OF HYGIENE

assalamualaikum..

hello there! i'm back dengan cerita sensasi lagi hebat dan terkini..

puihh..'hari tu kak syie cakap entry seterusnya ialah makeup tutorial..tapi mane?' .. 'kak syie jahat, kak syie tipu tipu kita lagi' ..hekhek..akk is sibuk lah sayang..tutorial tu pun belum sempat nak upload kat utube lagi..soon will be Insyaallah..


so how's your month dear? mine is like .. ok, fine between 1 to 15 june but now seems worst  .. tsk! dan paling tsk tsk ialah sebagai customer service i akan sentiasa berdepan dengan berbagai jenis manusia bukan sahaja menghadap muka mereka tetapi juga menghidu bau-bauan mereka.


kalau yang errm errm .. perfume bau gula-gula getah rasanya serve awak sampai malam pun i steady je..tapi kalau yang erk erk .. baik awak jangan datang ke kaunter saya dan buat pertanyaan atau melunaskan sebarang pembayaran .. sorry atas sebab hidung yang sedikit cerewet


everytime and everywhere 

muka pecah rumah pecah kaca pecah pintu parut-parut tepi pipi is alright yang penting sekurang-kurangnya buat orang kiri kanan selesa dengan awak walaupun tak pakai perfume ratus-ratus atau ringgit-ringgit yang penting deodorant sentiasa dalam simpanan.

tips: 

1.sediakan atau beli lebih dari satu botol deodorant. selain lebih jimat sebab dekat pasaraya ada deodorant yang di pack sekali dua botol atau tiga botol

2. letak satu botol deodorant di atas meja makeup/almari makeup 

3. letak satu lagi di dalam beg kerja/handbag

tips ini mesti buat terutama bagi mereka yang berkerja lebih dari 8/9 jam sehari. untuk keselesaan awak dan orang lain juga. yang saiz kecil pun tak apa yang penting ada sebab kita tak tahu bila kita akan rasa tak selesa. kan? 

muka tak cantik meletop letop tak apa yang penting wangi dan tak terlalu wangi hingga menarik perhatian ajnabi..^_^ 


i am nothing different with you 

saya juga ada parut jerawat yang degil dan jerawat yang keras kepala tapi saya tetap pakai deodorant dan jenama deodorant kegemaran saya ialah nivea dari sekolah sampai dah kerja hanya nivea 

thank you for your participate in my vol.1 GA more gift will be update soon!

do follow me on TWITTER AND INSTAGRAM (SYIEMAZLAN)