Kesayangan GincoMerahJambu

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Adik Bongsu

assalamualaikum..

rindu nya dekat blog, rindu nye dekat new post..sejak menjadi wanita maha bizi ni kadang nak pakai lip tint pun lupa, deodorant nasib baik ingat kalau tak customer semua terbang tempat lain. pengurusan baru, jenuh i nak kejar report nak kejar customer nak kejar makanan, kadang tak terkejar taw,

nak upload gambar baru masuk pesbuk pun takde masa, bayangkan =(

si bongsu kesayangan hamba

sekarang dah sembilan tahun, dah ada bilik sendiri dah mula tidur bilik sendiri tu tak pasti sebab selalu nya aku paling awal lesap dalam rumah, lepas mandi memang tak akan keluar bilik kecuali khamis malam jumaat ada "Dendam Sarakit" herherher.


naim sekarang dah sembilan tahun dan masih lagi dibuli kakak-kakak kesayangan dia, *muka jahat. 

bila jadi anak sulung, masa kecik selalu rasa majlis hari jadi, bila tengok adik bongsu ohmaii! sambut bezday berkali-kali sampai paksa kakak-kakak dia bangun pagi wish bezday dia,



hari sabtu dapat mcd happy meal hari ahad (hari lahir sebenar) paksa ayah belanja kfc dengan menu untuk dia zinger double down dan ayam seketul bahagia peha, bonus dengan tiramisu cake. "yg kek tu aku yang pilih sebab tu tiramisu..heheheh"


semalam berebut dengan mama, dia nak pegang pisau nak potong sendiri sekali pap!,, buruk bona gaya potongan.

"kakak always and always love u"



lepas ni baru entry review as beauty ye

cakap tentang hari raya saya

assalamualaikum..

"SELAMAT HARI RAYA KORANG!"
*sambil tadah tangan minta duet raya*

hari ini baru aku sempat nak menghupdate blog untuk edisi hari raya..hari raya tahun ini sangat padat dengan sangat banyak tempat nak pergi ..

sangat seronok sebab dah beso macam ni pon masih ramai yang sudi bagi duet raya!
*sambil sengih-sengih bila orang bagi duet raya*


"persediaan meja makan"
bunga hiasan yang digubah indah oleh aku dengan adik aku masa malam raya

tahun ini sama macam beberapa tahun sebelum ini iaitu wajib balik beraya dekaat Johor..
banyak betul kerja bila balik rumah yang tak berpenghuni..

- mop lantai
- basuh semua sarung kusyen
- cat rumah
- bentang carpet
- pasang langsir
- lap habuk

termasuk sambil bergaduh dengan cik tikus yang suka membuang air kecil di merata tempat..tak sabar pulak nak duduk rumah sendiri tak lama lagi! masa malam raya lepas je tarikh hari raya di umum kan..

berdentum-dentum bunyi segala jenis mercun dari seluruh kampung aku

"seronok woi raya dekat kampung sebab boleh cacak pelita keliling rumah"


di pagi hari raya maka wajib lah ada gambar keluarga dan minta ampun maaf
sebak sekejap..

masa dekat rumah nenek..


ramai pulak pakcik n makcik aku balik rumah mak mertua masing-masing
maka raya pertama tahun ini tak lah semeriah masa tahun lepas

lepas bergambar bagai kami belepas untuk berhari raya dekat rumah atuk-atuk saudara..tema raya family aku tahun ini ialah HIJAU.. ramai pulak family yang pakai baju warna hijau raya ni


yeah! 
sengaja beli baju sesama design tahun ni


adik kakak!

antara pemandangan hari raya yang paling aku suka ialah bila tengok budak-budak bukak sampul duet raya
"dalam hati ada hajat nak bagi duet raya dekat budak-budak..tapi tak kesampaian lagi tahun ini..insyaallah tahun depan ada rezeki nak bagi budak-budak duet raya"


di sebab kan dalam family aku cuma sorang je yang duduk dalam kategori "kanak-kanak"

maka


alolo..comel nye dia dapat duet raya!

dan aku juga mengalami kesukaran yang agak kronik untuk pakai pashmina pada hari raya..jenuh belajar dekat youtube cara pakai pashmina semua nya tak menjadi..akhirnya..tercipta gaya sendiri inspired by hana tajima..

senang..
tak perlu pakai inner neck pon
dekat leher pun tak rimas..

dan juga usaha untuk mendapatkan kulit yang macam dulu juga berhasil..
Alhamdullillah


kecuali parut akibat kedegilan zaman kanak-kanak..

sampai sini saja entri hari raya edisi pertama hari raya..
nanti syie update lagi..edisi berhari raya beramai-ramai + derita hari raya
sobs!

p/s: masih belum sempat beraya dengan along sebab tak sempat nak jumpa langsung...dia balik sini aku balik johor..aku balik sini dia balik akademi balik..sobs!
yang penting duet raya dah dapat..
lalalala

semoga mama panjang umur

assalamualaikum..


You are brighter than the sunshine and calmer than the moon,
You brighten up our mornings and also our afternoons,
You are so special to us, words will never be enough to say,
You make us so happy each time you come to dance with us and play.
So a very Happy Birthday to a person so very dear,
May you always go around and spread your happy cheer.
Happy Birthday Mom.
- poem by wishafriend.com


alhamdullilah selama kami membesar mama sentiasa berada di sisi kami dan hari istimewa dalam hidup nya kami mahu jadi kan ianya hari paling tidak dapat dilupakan dan penuh dengan kejutan..

aku nak share kegembiraan dan keceriaan semalam dengan korang taw!




! tiramisu !

mama tak suka coklat
mama tak suka masam 

so she love this cake so much!
(tengok lah siapa pilih)


mama suka sangat tuu
(lepas sepetang merajuk)


kek untuk mama yang cantik walaupun dah berumur 43!


ngeh ngeh

tiba-tiba adik aku yang tak berapa nak putih tu jadi lebih putih dari aku..cisss


kau tengok..ni aku tak puas hati ni aku lagi cerah sepatutnya


ni warna ko yang sebenarnya!


penjaga gate kawasan rumah aku tanye
"ni isteri awak ke"
sambil aku gelak-gelak adik aku jawab
"ni kakak saya lah"


i love them!

mama sebenarnya fikir kami tak mahu raikan hari mama

siapa kata aku tak peduli..mestilah kami satu rumah ingat cuma tunggu masa untuk buat kejutan je sebab tu kami suruh ayah bawak mama keluar lama-lama sebab aku tengah prepare surprise dekat medan ikan bakar..

we love you mom!

that why i love you mama

assalamualaikum..

sambil suap pengat pisang dalam mulut..


keluarga yang super  bahagia
ayah yang super kelakar dan mesra
mama yang super sporting
adik-adik yang super suke kena kan aku!

aku bersyukur dengan nikmat kebahagiaan ini

macam tak percaya dah dua bulan aku habis belajar dan masih mencari-cari kerja yang sesuai dengan aku, sesuai dengan tempat tinggal..semakin lama tinggal di rumah yang rasa nya macam mase dulu-dulu sebelum aku masuk asrama..adik aku pergi matrix..aku masuk politeknik

meriah tahuu!

paling tak boleh bla sekali sejak-sejak aku dah habis belajar ini ayah siap belikan sebijik buku resepi segala jenis makanan khas untuk aku..(tu sebab nak suruh aku pandai masak) aku rase ayah dah mula risau tu kalau suatu hari nanti aku kene hidup sendiri boleh ke aku masuk dapur sedangkan kat rumah pon punya lah liat anak dara dia ni nak jejak dapur..(apekah?)

mama pulak sangat menyokong aku yang sebenarnye tak lah tak pandai masak lansung tapi kerisauan mereka yang sangat tinggi itu buat mama tak habis-habis suruh aku masak macam-macam..hahaha

but i love it! baking experience with my beloved mom was so much great..


chocolate cupcake

seronok tahu! satu malam kerjakan cupcake ini dan aku paling suka waktu hias-hias cupcake tu..walaupun comot tapi rase macam kanak-kanak baru belajar masak taw..mama aku memang sporting sampai dia bagi je aku nak buat ape pun dekat cupcake ni..heee


three design
comot?
"biasa lah kanak-kanak comel punye kerja"

tak lah sesusah mana pun buat cupcake coklat ni kalau ikut resepi mak aku..same je macam buat kek biji tu cuma letak dalam cup ni je beza nya

topping dia aku cair kan coklat je..then letak je choc rice, bunga dan choc chip

cupcake ini dah selamat di habis kan oleh adik-adik aku dan kanak-kanak yang main dekat dengan rumah aku

"seronok taw bagi makanan pada budak-budak"

lastly..just to inspired korang menu minum petang hari ni ialah


pengat pisang!


Declaring OUR Love to Him

Assalamualaikum..

i might a little bit late to update entry tentang hari bapa yang sepatutnya aku taip sabtu lepas..
sedikit sibuk semalam..dan adik aku ni lembab sangat lah masuk kan gambar
tapi setiap hari pon kita sepatutnya menghargai insan yang bergelar bapa

bagi keluarga aku dan adik-beradik
setiap hari yang penting begini kami akan menyambutnya dengan apa cara sekalipun
dan tahun ini ia bertambah manis kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama
untuk meraikan hari istimewa ini

kenapa kami sangat menghargai hari bapa:

ayah lah orang yang bertanggungjawab memberi nama kepada semua anak-anaknya

ayah sanggup tak tidur malam bila kami demam

ayah sangat sporting dan sentiasa memberi kebebasan pada kami untuk menentukan apa yang kami mahu dalam hidup ini

ayah sangat kelakar sampai tak terasa takot pon dengan ayah 

ayah mendidik kami supaya belajar bersungguh-sungguh

masakan ayah sangat sedap!

sebab itu lah kami semua rapat dengan ayah..and no wonder lah my mom pening sebab anak-anak dia yang dah besar pon still manje lagi..hik!


card free from: adik aku

pagi-pagi hari ahad kami sampai kat pizza hut semata-mata nak tempah table dan menu for surprise malam itu

adik aku dekat rumah pulak petang tu baru aku suruh buat card tu..huaaa..ingat tak sempat siap..but lastly siap jugak..terharu!


ayah macam terkejut je mase masuk tu pintu pizza tu tengok kitorang dah siap duduk dekat sane siap dengan semua makanan dah ade atas meja..


while he reading the card..ohhh..aku tahu ayah mesti tengah terharu tu..tengok muke pon taw dah..

overall the whole family sangat enjoy malam tu..makan..sembang..wahh..sweet moment ever!
tak lame lagi birthday mama yang ke 43 pulakkk..wahh ape nak buat ni *kelam kabut..

soo..camne pulak korang sambut hari bapa korang?


Apa kau Rasa..Apa Aku Rasa?

assalamualaikum..

hye peeps!

hari ini aku nak cite pasal kenduri kawen lagi! yeah! selagi tak habes cerita selagi tu aku nak bercerita..ewahh! korang banyak tak dapat jemputan untuk kenduri kawen musim cuti sekolah ini? mesti banyak kan..tak pon korang yang nak kawen!! hahah

aku bile erk? (perlu ke?)

talk about kenduri kawen saudara mara nih..sejak-sejak dah besar nih teringin sangat nak duduk sebelah pengantin kan? i rase semua girl teringin nak try duduk sebelah pengantin kan? sebagai:

PENGAPIT!

hape korang pk hah? statement: "i tanak kawen lagi..i still young!" .. actually i sepatutnya jadi pengapit sejak last year lagi untuk wedding my aunt..tapi disebabkan PSIS! tak dapat aku rase jadi pengapit buat pertama kali!


si pengapit yang gemok!

saat itu adalah kali pertama aku dapat jadi pengapit..haha! pakai rembat je baju yang ade..naseb baek baju aku ade jugak lah warne ijau-ijau pucat!

pengapit tangkap muat je pon..tapi pengapit lelaki lagi tak leh bla..memang lari tema..


kau boleh pakai baju biru!

pengapit lelaki ni adik aku..so takde la aku nebes sangat kan..kalau pengapit lelaki tu orang lain..conform aku malu-malu ayam..hahah

dan sebagai pengapit mestilah aku nebes jugak! betol ke aku jalan ni? mane satu nak pegang nih? payung lah, tissue lah, kipas lah..semak ohhh!

aku pengapit yang berdedikasi..ececece


heheh


touch up sikett..


kene sendukan nasi n tuangkan air untuk pengantin..

haha..hari ni bile pikir balek kelakar lak..jalan kepit-kepit same ngn pengantin, sengih-sengih bile abg camera snap pic pengantin *aku lak over..haha


bunge pengantin
*kan aku dah cakap aku over

p/s: giler punye lembab larh uplod pic yang gune dslr! benci2!

kepada korang yang nak kawen or dah kawen "selamat pengantin baru u olls!"



Menternak Lemak di Horizon Garden Sri Manjung!

assalamualaikum..

SELAMAT MALAM BLOGGER!

orang cakap perut kenyang suke hati..MEMANG PON!...aku bukan senang hati je sekarang ni dengan mata sekali ringan je, rasenya letak je kepala ni conform lelap!

nak taw syie makan malam kat mane tadi?

 HORIZON GARDEN SERI MANJUNG


istimewanya tempat ini ialah suasana tempat makan yang menarik dan tenang..tak lupa jugak layanan setaraf dengan hotel..auww..i suke taw! tapi kalau makan dekat tempat mcam ni faham-faham lah cost dia..tapi tadi our family ambil set B..sepatutnya tak la sampai RM 100.00..tapi sekali bayar..dekat RM120.00 kauuu!..

tapi still affordable lah dengan bajet dan suasana kat sane..


sorry for the picture quality

tempat ni ala-ala private jugak lah..tak banyak table kat sini..tapi suasana dekat sini memang cukup tenang..boleh makan sambil lupa kan sekejap masalah dunie..hahah!


menu for tonight:
1. fried chicken with lemon sauce
2. siakap masak tiga rasa (paling sedap n paling aku puas hati)
3. kailan ikan masin
4. sotong masak ala siam
5. soup! 

family saya..xoxo!




gambar paling tak boleh bla!
oke lah sebab tempat ni buat aku puas hati malam ni

k bai!

kata-kata: dalam kegembiraan kita hari ini..malam ini..marilah kita sama-sama mendoakan supaya adik-adik yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di ulu langat selamat..dan yang telah meninggal dunia..sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah..

Untonglah dapat empat tergolek!

assalamualaikum..

Firstly aku nak wish


happy 19 years old bezday!

special bezday wish to my brother..




tak sangke adik nombor dua aku dah umur 19 tahun...tak percaya sebab aku dah 20 tahun..haha..dekat je kan beza umur we oll? aku umur 1 tahun 4 bulan dah rase ade adik..kau ade?

kami sangat rapat dari kecil sampai sekarang..just bile masing-masing dah besar ni, dah start nak bina life sendiri..kurang siket kot mase nak sembang-sembang..main kejar-kejar..haha

i miss the old time!

and the picture is taken two days ago when we celebrate his birthday..dan adik-adik aku yang lain pon aku nak tunjuk jugak

purple shawl!
adek nombor 3!..tak suke orang snap pic dy..aku pon tak faham kenapa..
aku suke je orang snap pic aku

gelak kuat-kuat sebab buger tu nampak sangat besar!
ni adik aku paling kecik dan paling banyak bergaduh dengan aku setiap hari!

dan gambar paling aku suke malam tu:


and nak wish tahniah jugak sebab adik aku yang sambut bezday semalam dan sekali dengan terkeluarnya result matrix sem 2 dia..bermaksud final sem..adik dapat 4flat lagi! 

dahsyat lah kau! sem 1 dengan sem 2 dapat 4 flat! heheheh

Because She is the ONE

Assalamualaikum..



SELAMAT HARI MAMA!

SELAMAT HARI MAMA sebab aku panggil mak aku mama..ohh mama yang sangat baek..my mom is 43 years old and i 20 years old..siket je beza kan? mak aku mude lagi..sempena hari ibu ni aku buat sembutan dan kejutan beserta hadiah kecil untuk mama, tapi tu sebelum adik bongsu aku yang bermulut bocor..terang-terang bagitaw mama hadiah yang kitorang nak bagi malam tadi..

grr! budak kecik tak taw simpan rahsie betol!


abaikan muke pelik aku 

tenkiu mama cz jage kami semua..

aku dah join bloglist Enchik Nine! korang pon cepat-cepat la join cz nanti beliau akan buat entry pasal blog kite ni hah..cepat2!

nite wif them!!



owh..FAMILY!!
last nite was owsome!!!
ngaa...knp?
cz sume org ade kat rumah!!
yes2!!..4 siblings be together again!!

i miss them damn much kn!!
malam td tengok wayang 1 family!!
citer: khurafat!
(syie xp tengok citer 2 due kali)
gagaga...

naim ngn syura paling kelakar
hahaha..penakot x ingat
(mcm la ak berani sangat)
hahaha