hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja dekat kantin JKR..
dan merupakan hari paling banyak aku buat salah!
dem! aku memang teruk kadang-kadang...
1. Buat Air
hari last kerja ni aku teringin pulak nak minum air mahal..asyik minum kopi o ais je sepanjang minggu ni *sebab tiap-tiap pagi mengantuk..aku cuma fikir aku nak letak satu sudu teh Nescafe lepas tu Milo nak tiga sudu.."biar rasa milo tu lebih"..
dengan penuh pehatian aku buat apa yang aku nak tanpa sedar aku cedok air paip yang tak masak lagi masuk dalam cawan..dem! sakit perut lah kalau minum air paip tak masak lagi..
kenapa aku tak sedar ye yang aku sedang cedok air paip tu padahal akak tu elok je tuang air tu depan aku
2. Telur Separuh Masak jadi Telur Rebus
pak cik: nurul..buat kan pak cik telur separuh masak dua biji n bagi air suam satu
aku: okay pak cik..telur separuh masak dua!
dengan riang ria aku buat telur separuh masak macam biasa dan aku ingat aku ambil telur mentah lepas tu letak dalam bekas buat telur separuh masak tu..
but..after 10 minutes
pak cik: nurul...tadi pak cik mintak telur separuh masak tapi kenapa sekarang dah jadi telur rebus..terlebih masak ke perli pak cik ni?
nurul: hah! macam mana jadi macam ni..tadi nurul RASA nurul ambil telur mentah
kak lia: tak ade nye nurul..tadi kamu ambil telur rebus ..
satu kantin: gelak kuat-kuat
dengan lagak biasa keluar dari dapur..sambil buat muke kesian sikit..
"ala pak cik..sorry lah..nurul buat yang baru ye"
aku rase dah betul dah tadi aku ambil telur mentah..ala..salah lagi...
pakcik maaf kan lah saya yang masih budak-budak ni
3. Teh O Limau
dengan confident aku offer diri buat kan Teh o Limau untuk seorang customer ni..dah nama nya pun teh o limau mesti lah kene letak limau means kene belah limau guna pisau
disebabkan confident aku..aku ter arwahkan pisau kecil tu..
pisau ni patut cakap "terima kasih" dekat aku sebab beliau dah lama benau berkhidmat
aku tak tahu sebenarnya kenapa dengan aku hari ini..adakah sebab hari ini hari terakhir kerja..kalau nak cakap sebab aku mengelamun ingat dekat along "impossible" sebab aku dah train diri aku jangan ingat yang along jauh sangat lagi-lagi waktu kerja..
tapi manusia mana tak pernah buat silap..mungkin sebab hari ini hari terakhir aku nak bergurau dengan semua orang..buat pak cik-pak cik yang minum dekat kantin tu senyum tengok aku..
aku akan rindu pak cik-pak cik yang muda sikit dari atuk aku panggil aku
"nurul..buat kan pak cik kopi o"
"nurul..pak cik nak air suam"
"nurul..nurul dah makan?"
"eh2 nurullll...nurul sehat tak hari ni"
"pak cik nak panggil nurul ni AYU boleh"
"nurul..nurul nak tak jadi menantu pakcik"
7 comments:
ayat last kat entri ni mesti nurul paling suka kan...hehehehe
nurul malu-malu siket..haha
nurul..pakcik nak teh tarik kurang harga boleh?...hahaha
nasib bek pakcik tue x cakap.. nurul nak kawin ngan pak cik.. :D haha..
hehehe slumber je ek~
kak nurul... hik3, kak, pisau umah saya banyak, nak ?? hehe =P
comeinya dia
Post a Comment