Kesayangan GincoMerahJambu

Too Thin or It Was NICE

assalamualaikum..

sambil sendawa kekenyangan makan gulai ayam mama..

hari ini aku nak berkongsi betapa peritnya menjadi manusia yang kekurangan..

adakah anda termasuk dalam golongan terlalu kurus atau just nice mengikut ketinggian dan potongan bentuk tubuh anda?

siapa dalam dunia ini tak pernah mengimpikan untuk memiliki bentuk badan yang cantik..lelaki mahupun perempuan semua nya sama semuanya nak kan satu bentuk tubuh yang boleh melihatkan mereka lebih berkeyakinan bukan?

siapa nak orang lihat kita macam orang sakit tak cukup zat sedangkan hakikatnya ibu bapa bagi makan minum yang cukup?

siapa yang mahu ditinggalkan kekasih hati hanya semata-mata tubuh terlalu kurus sampai si dia tiada selera tengok kita?

siapa tahan kalau selalu sangat ditanya kenapa anda terlalu kurus? 

siapa tahan kalau orang cakap kau ni makan banyak tapi badan macam tu jugak..membela hantu raya kee?

siapa tahan kalau ramai sangat cakap kau ni dah macam papan..leper je...

sesiapa yang pernah atau sedang lalui keadaan macam ni mesti pernah rasa semua ni kan.. dah tak mampu jawab semua soalan tu..dah tak mampu tahan hati yang terasa.. akhirnya air mata yang terlepas..

aku pernah lalui semua tu..sangat perit sangat menderita..korang bayangkan lah

"aku nak berat badan kau naik dari 40kg kepada 50kg dalam masa tiga bulan..kalau tak hubungan kita putus!"

siapa tak menderita kalau dikenakan tindakan sekejam ini?.. memang tak akan naik badan tu kalau hati terseksa kan..tapi ade betul nya bila aku fikir balik..yela korang bayangkan dengan badan kurus melidi dan boleh disamakan dengan papan lelaki mana yang berselera tengok?


it was 42kg with the height 162cm

pipi tak bertulang..kaki terlalu kecil ala paris hilton..


aku pernah rasa di keji dan rasa terhina sebab ini..

aku mengaku aku sampai ambil ubat untuk tambah selera makan..minum gain eight yang tak berkesan tu semata-mata untuk tambah berat badan dan untuk tutup mulut-mulut yang tak habis bertanya

aku jumpa dengan kebahagiaan aku..


aku jumpa dengan sesorang yang mencintai kekurangan aku


aku jumpa dengan sesorang yang tak pernah persoalkan kenapa aku terlalu kurus..


akhirnya..



50kg

ambil ubat semata-mata untuk tambah berat badan tidak akan selesaikan masalah kita tetapi hati yang riang ria adalah penyelesaian masalah kita

aku gembira dengan apa yang aku ade sekarang..sebab rasa lebih berkeyakinan dipandang orang dan rasa badan lebih sihat

tapi jangan terbelih nak pulak nanti!


latest!

siapa cakap muka aku suci time ni?
sebab aku pun rasa camtu
hahaha

13 comments:

cik najihah said...

terime diri kite seadenye..
pedulikan ape org nak cakap..
btw kite samela..huhu
tapi nampak ok je tu..

gadis kepastian said...

ahakzz betoi 2..hati senang semua jadi senang

aine ilina said...

uwaaaah, kecik nya awak dulu,
apa-apa pun, walaupun ada kekurangan, asalkan kita sihat, alhamdulillah :)

Cikya said...

Fuhh,

biar betul 162 cm ---> 40 kg.
berat 40 kg dulu masa sekolah rendah, darjah 6 pom dah 45kg..
160 cm

takpe, asal bahagia, terserlah kat air muka, selera akan bertambah..
jangan paksa diri..
dan tahniah sebab dah jumpa yang terima seadanya.. ;)

AdaNaz87 said...

makan ubat pe ek? berat badan dah ideal tapi still orang cakap kurus. ish, macam-macam. hukhuk. =."

syahirooAhmad said...

org nak kurus dia lak nak gumok. hehe..

GincoMerahJambu said...

cik najihah..i think u not at my place..hee

GincoMerahJambu said...

gadis kepastian..huaa..betul2

GincoMerahJambu said...

aine ilina: tak kesah macam mana pun kita yang pntng kita sihat n senang hati kn

GincoMerahJambu said...

cikya: tenkiu..tak ade paksaan pun..heee

GincoMerahJambu said...

adanaz: syie xd makan ubt pape pon..makan macam biasa je

GincoMerahJambu said...

syahiroo: wahh..mmg lah..kalau da kurus sangt mstilah nk berisi sikett

aliah amirah said...

same cm saya..sdey ble orang ckp cmtu..rase cm nak lempang2 je muke orang y ckp cmtu :)