Kesayangan GincoMerahJambu

Tips: Tak Baik Untuk Kulit

assalamualaikum..

rajin tak itew .. hari-hari itew update blog taw sekarang .. tak comel okay itew itew, aque aque , merosakkan bahasa satu hal, cikgu sekolah kau menangis baca nanti sebab masa sekolah bukan main ujian oral A++ bahasa melayu SPM A1 keluar skolah bahasa hancur .. lagi-lagi kalau lelaki .. lagi geli rasa nak lempang .. 

sekian nasihat hari ini...
..........................


dua  istilah coverage yang aku baru tahu baru-baru ini ialah medium coverage dan full coverage .. definasi bagi kedua-dua perkataan ini mengikut kefahaman aku  

medium coverage:

litupan separuh penuh iaitu menggunakkan foundation yang lebih ringan contohnya alas bedak mustika ratu atau bb cream #betul .. kalau korang perasan yang alas bedak keluaran mustika ratu dan sari ayu formulanya sangat cair dan bila ditimbang cuma lebih berat sedikit dari air #tipu .. 

biasanya untuk medium coverage ni yang selalu kita pakai keluar rumah sekejap-sekejap .. means .. bukan kegunaan dalam tempoh masa yang lama dan menyembunyikan segala di wajah  .. 

full coverage:

litupan penuh dan menyeluruh terpulang samaada menggunakan foundation berformula ringan atau berat tapi kebiasaannya untuk full coverage seseorang itu akan menggunakan foundation yang lebih berat seperti naturactor atau kryolan .. 



kryolan

angry bird


naturactor 

siapa pakai angry bird kat muke? tolong jangan baca blog ini dan teruskan bermain game angry bird anda yang tak bertukar-tukar seasons sejak dua bulan lepas .. 'eleh cakap pasal diri sendiri letteww' .. 

full coverage ni lawa .. cantik .. bagus .. muka doll doll je sepanjang hari .. tapi sayanggg

tapi sayangggg

tahukah anda foundation berformula berat ini akan merosakkan kulit dari dalam .. dari luar orang nampak muke kau bersih berseri seri .. setiap hari pulak full coverage sampai semua orang ingat itulah keadaan kulit wajah kau yang sejati .. 

tapi cuma kau seorang yang tahu setiap pagi bangun dari tidur muka rasa kasar-kasar ..lepas tu mula lah salahkan pencuci muka dari jepun tak berkualiti .. pati oren yang kau pakai dah tak berkesan .. kan?

pengalaman dik pengalaman 

ihi hi hi hi 

foundation berat ini boleh je pakai kalau keluar dengan kawan-kawan .. pergi photoshoot ,.. bertunang .. kawin .. tapi penggunaan nya tidak disarankan kepada kegunaan harian .. aku bagi tips ini sebab aku pernah buat dan aku pernah dapat kesanya .. kononnya nak tutup parut-parut vco hari tu ..tapi sebenarnya kulit sendiri yang makin merana .. 

jadi sekarang setiap hari pergi kerja pakai angelfit free sahaja

till then people 

thanks for reading this entry

9 comments:

Eqa Yazid said...

Sedang berfikir nak beli naturactor atau pun stay on dgn bedak miami ni je. hihihi :P

GincoMerahJambu said...

miami tu bedak syg..naturactor tu foundation

Mia Adriana said...

bb cream ape ea yg best?

Unknown said...

kuar umah hanya pkai bedak miyami n lipstick yg warna idup segan mati x mahu...hehehe...

themalin said...

ouh baru tau psl naturactor..x penah pakai pun. bb cream plg best buat ms ni maybeline pure bb.. yg ringan tu.. ^_^ try it.

Nyamuk Terbang said...

ok xreti make up...erkkk

Anonymous said...

erk..
(=.=")
itew nk try pakai la...
wahuahuahua...

Anonymous said...

hahaha. kat dalam almari yg kiut miut tu ada byk fondation. satu jenis stick. satu lg liqiud. mostly yg medium coverage jek. Krayolan bagai tu tak mampu lg :P. lgpun alas bedak mustka ratu best apee. muka rasa smooth giloo. <3

ZAMREE said...

kalau awak guna naturactor yang macam gambar yang awak pos tu... confirm ciplak. naturactor original takde code sebanyak itu. saya pernah duduk di Jepun 2 tahun.