Kesayangan GincoMerahJambu

Kerja Sementara LEPAS BELAJAR?

assalamualaikum..

hai awak-awak..hari ni kita turn on mood yang serius sikit sebab i nak bagi tips dan nasihat berdasarkan apa yang dialami dan dilihat. dah..muka tu tak payah kerut-kerut sangat =,= 



sekarang tak siapa yang tak perlukan duit kecuali awak dah memang diberi elaun 400-500 sebulan maka awak bertuah sebab dilahirkan sebagai anak orang kaya, 

tapi kalau awak dilahirkan dalam golongan adik beradik ramai/adik2 masih bersekolah, mak tak kerja..ayah kerja sorang-sorang maka jangan berangan nak duduk silang kaki sambil kunyah cikedis depan tivi, budak sebegini memang harus dilempang sahaja. PEMALAS.

ohh..ataupun awak punyai boifren berpendapatan tetap 1k ++ setiap bulan awak rasa setiap keinginan awak dia mampu penuhi sampai awak tak perlu kerja. MENGADA-NGADA betul awak ni.

.......................................

percayalah "ITS OK"  untuk kerja biasa-biasa saat awak tamat SPM, lepas FINAL EXAM DIPLOMA/IJAZAH . sebab semua tu tak membuang masa tak membazir langsung tapi sangat berguna untuk masa depan awak. walau awak best student sekali pun tak jatuh martabat awak sebagai best student kalau kerja kat warung sementara tunggu result SPM. even adik lelaki saya 9A masa spm pun kerja kat warung je masa tunggu result spm sekarang dah ambik degree dekat utm. 

sebab tak semua orang bertuah dan terus dapat kerja tetap lepas diploma/ijazah 

..............................................

1: CARI KERJA SECARA BERKUMPULAN

ada bagus dan ada tak bagus nya, mungkin kerja beramai-ramai seronok bagi awak tapi tak semua majikan suka sebab risau tak jadi tempat kerja, cuma jadi tempat lepak nanti. bila awak tak dipengaruhi kawan2 yang ramai percayalah lebih banyak yang awak boleh belajar dan dapat kenal kawan baru ^_^

2. PANDANGAN PERTAMA

yang ini awak kena jaga, jangan sebelum minta kerja dah pakai baju tak senonoh memang sampai bila-bila awak tak diterima, dan paling penting jangan sebut ayat ini 

"SAYA NAMPAK ADA KERJA KOSONG DI SINI, GAJI BERAPA YE SEBULAN??"

trust me, saya yang cuma pekerja biasa pun tak teringin bagi awak sekeping borang untuk diisi..sebab? 

belum tahu cara bekerja dah kelam kabut pasal gaji 

3 : KESUNGGUHAN

yang ini sangat sangat penting walaupun awak cuma berkerja dengan basic RM650-800. sebab ingat cara kerja kita sentiasa diperhatikan. jangan ingat dengan basic itu awak dah cukup makan. cabar diri awak untuk buat lebih daripada apa yang awak rasa awak mampu. (untuk mereka yang terlibat dlm bidang sales) 

4: atau paling-paling malas nak kerja 

kerja di warung sarapan pagi..masuk pukul 7..pukul 12 dah boleh balik dengan pendapatan sehari rm20. cukup lah untuk awak sorang beli toup RM5.00 mesej dengan skandal. kennn?


ikhlas dari,
ahkak syie yang serius 


pssst: untuk quick review secara random dan tips cantik secara random awak follow syie kat sini



well random tips tu tetap akan diupdate tapi dalam kadar lambat sebab bulan ni super duper sibuk ..
hihi =) 

4 comments:

cik nana said...

lepas SPM kite keje, lepas STPM pun kite keje, tapi lepas grad ni tak keje2 lagi. hikhik

Nyamuk Terbang said...

kiter pn kerja dlu lepas spm..dpt jugak la gaji sebutir dua buat bayar yuran masuk ipta

wr said...

jemput join giveaway kat asteptowardsme.blogspot.com :)

boni kacak said...

hahaha..siap ada pasang niat nak mesej skandal tu..hahaha.memang susah dapat kerja macam tu.hehehehe :P