Kesayangan GincoMerahJambu

TIPS MASA PAKAI SKINCARE

assalamualaikum..

haaa..nampak tak semangat aku nak guide korang dengan skincare, entri sebelum ni aku dah bagi tips pilih skincare dan sekarang nak bagi tips-tips penting semasa pakai skincare




my skin dah recover so much daripada masa tunang hari tu cuma tinggal parut hitam pudar dekat pipi, harap boleh cecepat elok kalau boleh sebelum bulan sepuluh nanti..hiks!


IKUT ARAHAN

aku rasa ini paling utama bila kita pakai sesuatu produk itu, contoh kalau arahan (gunakan krim ini sekurang-kurang nya 2x sehari- tapi sebab nak jimat punya pasal kau guna sekali sehari) haa..bukan lah terus tak elok kulit korang cuma proses pemulihan akan memakan masa lebih lama daripada yang sepatutnya

lepas tu kalau korang guna produk berasaskan sabun, dah arahan cakap "sabun tak boleh dipotong bagi mengelakkan .......... " - tapi degil jugak potong sebab tu yang produk tak berkesan lah, kulit jadi semakin teruk lah .. 

dan kalau sesuatu produk tu misalnya tak boleh bercampur dengan produk lain untuk proses pemulihan atau tak boleh makeup sepanjang tempoh rawatan, jangan campur, rugi tau korang labur beratus ringgit tapi tak ikut arahan produk


SABAR

kalau bagi aku ini paling susah nak buat, sebab memang jenis kurang sabar/mmg tak boleh sabar, tapi nak kulit cantik kena jugak sabar, 

ada produk yang kesan nya kita dapat lihat seawal 7 hari penggunaan namum BERGANTUNG pada jenis kulit dan masalah kulit korang, sebaiknya guna satu produk tu selama tiga bulan berturut2... baru lah nampak kesan nya positive atau negative

TAPI.. kalau seminggu guna kulit korang dah macam tambah-tambah teruk sebaik nya stop kan dahulu dan rujuk pada penjual anda 



CARA PENGGUNAAN

ini syie sangat tekankan sebab ada setengah orang pakai sesuatu tu tak puas hati sebab tak berkesan padahal sebenarnya cara penggunaan dia salah

contoh kalau awak guna krim yang kena sapu sampai meresap, caranya: sapu dengan sapuan yang betul dan urut muka awak sehingga ia meresap: bukan nya sapu satu muka lepas tu tinggal, buat sedikit urutan pada wajah supaya krim tadi dapat menyerap dengan baik pada kulit


AIR MASAK

penting sangat lagi-lagi pada yang ambik suppliment, 

pastikan kita minum air 3-5 liter sehari supaya kotoran dalam badan dapat dikeluarkan dan ubat yang korang makan tu cepat je berjalan dalam badan 

selain itu pengambilan air masak 3-5 liter sehari mampu menjadikan kulit anda lembab secara semula jadi



so ni kira yang basic sangat-sangat basic syie boleh bagi berdasarkan pengalaman sendiri, apa-apa pun jika berlaku sebarang perubahan pada kulit awak, cecepat rujuk pada pakar/penjual produk tu ye

XOXO 




9 comments:

Hazwani Harun said...

hehe. nice entry, lepas ni kne btol2 tahu tentang sesuatu produk tu.. :)

boni kacak said...

sabar tu memang paling susah nak buat,haha

Mysara Ab Rahman said...

sabar tu yg pntg..sbb kte ni byasenyer nk nmpk kesan cepat je..haha

Pn Ayu said...

penantian itu mmg menyeksakan tapi kesan dia daebak ! :)

Pn Ayu said...

awak blogger comel ! ^^
http://heartylolipop.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html

Anonymous said...

silakan mampir
Nice info
Infonya sangat Bermanfaat
Saya Bookmark ya
Biar klo Cari Gampang
Salam Kenal
Salam Cinta
Semoga Pahalanya banyak
Dengen menyebarkan info ini

anys nadhilah said...

betul2 .. mesti urut ..barulah vitamin2 semua meresap. kalau x , bagi kat udara je la .

.::: Princess MOMOY :::. said...

wahh....cantik =)

Cik Zuera said...

Salam kenal~ Jemput jenguk blog saya.. :)
http://suppliment2you.blogspot.com/