Kesayangan GincoMerahJambu

Anak Tudung dan Selendang Online



Hai!

Ingat lagi tak zaman mula-mula anak tudung (inner) dikeluarkan, mungkin dalam enam hingga tujuh tahun lepas. Masa tu pengaruh anak tudung tersangat lah dasyat boleh kata semua gadis remaja mesti cari anak tudung ni untuk pakai dengan selendang, masa tu ada satu design je yang jenis ala-ala serkup tu lepas tu ramai orang buat tutorial untuk jadikan inner tu Nampak tinggi/muncung sesuai dengan bentuk muka masing-masing termasuk lah I pun setiap kali beli mesti cari penetas kain tu lepas tu jahit balik, kalau duduk kat asrama mesti ingat buat benda ni secara berjemaah. Hahaha..
Sampailah terjadi lambakan jenama di pasaran, Cuma terpulang pada kita untuk pilih jenama, harga dan kualiti yang kita mahu dan sama ada secara offline atau yang lebih mudah secara online 


Anak tudung merupakan keperluan yang sangat penting untuk memastikan pemakaian tudung yang selesa dan rapi. Seperti pentingya brooch atau kerongsang, anak tudung juga merupakan suatu kemestian ketika hendak memakai tudung. Bukan itu sahaja, dengan rekaan anak tudung yang boleh dikatakan semakin trendy, pemakaian anak tudung juga merupakan trend pemakaian tudung moden.


                         


Berikut merupakan contoh-contoh fesyen tudung yang menonjolkan lagi fungsi anak tudung tersebut. Anak tudung yang juga disebut sebagai ‘ninja’ kini boleh anda temui dalam pelbagai rekaan unik seperti berikut;




Ini merupakan jenis anak tudung yang paling ‘basic’ dan  boleh dibeli dengan harga yang amat murah.


Berikut merupakan rekaan ‘ninja’ yang pertama sekali diperkenalkan di pasaran dengan rekaan bulat pada bahagian dahi.

Bila muncul je inner ninja macam ni makin ramai menggilai inner kerana ciri pemakaian nya yang lebih menutup aurat jika dipadankan dengan seledang dari kain jenis gorget (sedikit jarang)



Kemudian ada pula keluaran koleksi anak tudung dengan rekaan zig-zag di bahagian dahi seperti berikut kelihatan lebih elegent pada pemakai


Dan kemunculan banyak rekaan anak tudung online yang unik dan amat sesuai untuk digayakan dengan pemakain shawl.



Jadi, nak pilih anak tudung online yang sesuai ikut bentuk muka dah tak susah sekarang, boleh tengok pada model atau paling mudah perhatikan contoh kawan-kawan pakai dan boleh juga minta nasihat mereka kalau kita baru pertama kali belajar pakai anak tudung.



XOXO



No comments: