selamat menyambut hari pertama berpuasa semua..semoga bulan penuh keberkatan ini dapat di sambut dengan penuh kesyukuran..amin..
sepanjang bulan ramadhan ini semua orang nak nampak segar dan berseri-seri macam selalu kan..syie ada sedikit tips untuk dikongsi dengan semua!
1. bangun sahur
ini adalah yang terpenting sepanjang bulan ramadhan..kita disunatkan untuk bersahur.. ramai diantara kita susah sangat nak bagun sahur dan lebih rela makan sebelum tidur..sebaiknya bagun sahur walaupun cuma menjamah sedikit makanan..cukup lah untuk memberi kita tenaga
2. air masak
dalam bulan ramadhan ini ramai yang mengadu..kulit kering..bibir kering..
sewaktu bersahur jangan lupa untuk minum air masak banyak-banyak pun tak apa..mak aku pesan kalau tak nak makan tu at least minum air bersusu lepas tu minum air masak banyak-banyak..
air masak bukan sahaja mampu membantu melembabkan kulit kita sepanjang berpuasa tapi ia juga dapat menyihatkan tubuh dan memastikan kandungan air dalam badan terjaga walaupun sedang berpuasa..
3. Kurang kan Tidur
ini satu tabiat yang aku yakin ramai benau orang suka buat..konon nya bulan puasa tak larat nak buat pape pun..penipu!
sebenarnya bila kita tidur kita menggunakan lebih banyak tenaga dan buktinya bila bangun tidur perut berbunyi-bunyi minta diisi
4. Beribadat
jika sesorang itu bahagia maka akan terpancarlah dari wajah nya sinaran kebahagiaan itu..Jadi di bulan yang Allah bagi kita pahala berlipat ganda ini mari kita rebut peluang untuk isi tabung pahala sebanyak mungkin..
sedikit tips untuk wajah:
-girls tolong jangan tinggalkan moisturizer yang septutnya menjadi teman terbaik anda pada saat-saat macam ni..
-kurangkan berjemur dekat tengah panas..waktu petang adalah waktu yang sesuai kalau korang nak berjalan-jalan..jangan terlalu dedahkan kulit pada cuaca panas
-minum air masak!
"kelembapan kulit adalah sangat penting untuk dapatkan wajah yang berseri dan bercahaya"
8 comments:
btul..jgn lupa buah kurma nya juga ya..
sgt byk khasiatnya walau sebiji :)
heheh...Han jaga muka dgn wap nasi yg baru masak je :D
tips yg bagus..
salam ramadhan :)
~ manisnye kurma ini ~ :)
fa-in: yes! betul tu..bnyak khasiat kurma tu
han: itu satu petua yg syie selalu amalkan jgak
misz nuriz: salam ramadhan
nice info.. pasni nak amalkan info ni.. ^^
Post a Comment