Kesayangan GincoMerahJambu

Resepi: Puding Roti

assalamualaikum..

selamat berhujung minggu semua! ..baru hari ni ada lah sedikit idea yang dapat dikeluarkan dari otak yang tak mampu berfungsi dengan agak baik beberapa hari ini..

aku memang update blog hari-hari..tapi tak rupe update pulak rasanya..letak-letak gambar, tulis tajuk, describe siket-siket lepas tu blah..tutup blog..*tidoo...Zzzzzzzzz ..

hari rabu lepas aku ponteng cuti kerja sebab lepas raya tak rasa lansung duduk rumah bagun lambat sikit..tolong mama masak..masak sendiri..dan adalah dimaklumkannn kat sini aku ada resepi untuk dikongsiiii!

my forever favorite pudding


Bahan-bahan:

PUDING:
roti gardenia (lebih sedap butterscotch)
susu segar 500ml
telur 2 biji
satu sudu teh esen vanilla
gula 4 sudu besar
2 sudu besar butter/majerin
kismis untuk hiasan atau boleh gunakan badam cincang atau badam yang dipotong nipis

Kuah:
2 sudu besar tepung kastard 
(lebih baik di bancuh dahulu dengan air supaya tak berketul dalam periuk)
3 sudu gula
1 tin susu cair

cara-caranya:

1. sapu loyang dengan mentega supaya tidak melekat nanti
2. susun roti dalam loyang 
3. pukul telur, butter, gula, esen vanilla dan susu segar
4. tuang kedalam loyang yang dah ada roti tadi
5. bakar pada suhu 140 dalam masa 30 hingga 40 minit

(bergantung pada kepantasan oven korang..oven aku dah agak lama sebab tu agak lambat sikit nak masak)

untuk kuah:

1.masukkan susu cair dan gula untuk dicairkan
2. masukkan tepung kastard yang telah di bancuh dengan sedikit air tadi

(jangan biarkan kuah terlalu likat sebab nanti bila dah sejuk ia akan jadi lebih likat)

selamat mencuba!

4 comments:

aesh came said...

ALahai sedapnye nmpak~~ nk buat x larat..tgh mengidam ni.. huhu =.=

khairul akmal bin azman said...

alamak ai..
suke2 panggil org poyo..
hehe
sekeh pale baru taw

IZYAN KAHER said...

gonna try this :)
tq syie .

Faa Eryna said...

okay hari ni faa balik umah, nak cuba!! hee :) sedapnya tengokkk