Kesayangan GincoMerahJambu

AIDILFITRI NAN MULIA

assalamualaikum.

aku tahu saat macam dah tak ada orang bukak blog sebab semua tengah duduk luar rumah bakar lemang, sapu laman, rebus ketupat, kacau dodol, kacau rendang. kannn..

aku pun duduk luar rumah jugak. luar rumah tapi dalam pejabat. ngeh ngeh. kerja di hari terakhir ramadhan adalah sesangat tak awesome tahu? . patut masa ni tolong mak dekat rumah tapi aku masih kat sini tolong bayarkan bil telifon orang.


jika sepanjang syie menulis di sini ada yang terasa hati, ada ayat yang menyinggung perasaan, ada tingkah laku yang annoying maha gedix dan mengada-ngada, syie susun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin. kita kenal di laman ini tapi tak tahu jika berjumpa di luar kita kenal antara satu sama lain tak. harap-harap satu hari nanti kita berjumpa.

*gambar dengan kad milik hari raya dua tahun lepas. sebab tu nampak muda remaja lagi. hiks!


makan masa raya ni pelbagai bagai..jangan terlebih makan sampai tak larat jalan dah la ye. 

jangan lupa juga menziarahi pusara kaum keluarga yang telah pergi dulu sebelum kita. 

salam  aidilfitri 

*terbayang.

ok bai


4 comments:

Unknown said...

siapa cakap.. saya masih lagi membuka blog..hahaha. tak ada semangat raya langsung saya ni kan.hehehe

p/s : selamat hari raya aidilfitri... saya pun sama. jika ada terkasar bahasa dan tersakitkan hati, saya minta maaf banyak-banyak ye... walaupun ni baru komen ke dua saya kat blog ni kalau tak silap.. maaf zahir dan batin.. selamat hari raya aidilfitri..

PaK PiS said...

selamat hari raya.. :)

GincoMerahJambu said...

boni kacak: hai boni, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. syie pon nak mintak maaf jugak sebab syie tak tahu cmne nk comment dekat akaun google boni tu..

ajarkan boleh

GincoMerahJambu said...

pak pis: selamat hr raya pak pis