Kesayangan GincoMerahJambu

Kita Punya Raya

assalamualaikum

kome dah kenyang belum makan ketupat, rendang dan lemang?

syie sampai demam-demam sebab tak puas beraya. hari raya ketiga dah bukak pintu pejabat, padahal patut nya time tu sebok penuh kan handbang dengan duit raya.

patut jugak mase tu berhari raya rumah orang sambil habiskan kuih raya dalam balang sebab waktu raya ni keupayaan perut menerima makanan adalah sangat kuat. satu rumah sampai dua tiga round pun gua OK jerr.. hikhik


tema kita tahun ini purple!

adik beradik empat orang je pun tak ramai cukuplah berhimpit kat kerusi tu padahal masing-masing dah terasa sempit sebab dah besar. tahun lepas ok je duduk empat orang kat kerusi tu. ermm ermm




the girls dan kerusi kecik tu mencacatkan betei lah!

outfit, we are plain!
baju kain lycra kosong dengan manik di tangan, kaki baju dan di bahagian leher, tudung grab je dekat expo sehelai Rm20.00. baju pulak Rm155.00

tahun ni dah beli baju raya sendiri, tahun ni pertama kali bagi duit raya dekat mak ayah dan adik beradik. 



 "anak bapak"

terserlah kemanjaan ku. aiceh! mengada sebenarnya nak landing macam tu. 



ini family belah mama (johor) dan ini gambar rasmi dengan sepupu-sepupu ku. 
i cucu sulung okay. 

pada syie raya pertama adalah untuk bermaaf-maafan, menziarah keluarga yang terdekat, berhias cantik-cantik, bergambar dan tak lupa mengumpul duit raya. hahahah *gelak jahat


hari raya kedua, pagi-pagi lepas subuh dah bertolak balik jelebu negeri sembilan untuk menziarah kubur arwah tok, di negeri sembilan biasanya melawat kubur pada hari raya kedua pagi. 

raya kedua biasanya lebih santai sebab tu syie pilih cotton baju yang agak longgar sebab tahu cuaca panas dan duduk dalam kereta sangat tak selesa berbaju kurung untuk perjalanan jauh. 

itu cousin kite belah ayah. kite panggil parents diorang mak dan abah.


"anak daddy sangat"

salam aidilfitri semua! sekarang seluar dah ketat balik sebab perut terlebih muatan. 

facebook: syiemazlanblog
instagram: syiemazlan


5 comments:

boni kacak said...

wah.meriahnya raya dia.. hehehe..

p/s : alalaala.. manjanya dia.hehe

the fikirman said...

anak daddy memang comey .
btw , keep calm n happy eidul fitri

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

skulluv said...

tahun ni cipta sejarah, ramai orang demam..hehe

Kesuma Angsana said...

purplenyer raya u! hehehe