Kesayangan GincoMerahJambu

KENDURI ................

assalamualaikum 

cukup kuning tak background baru aku .. *heh .. sekarang tengah dalam mood kuning sebab baru perasan kalau pakai warna-warna macam tu muka aku nampak cerah je tapi kalau pakai warna pink muke aku nampak kusam.. *benci .. penat kenduri semalam tak habis lagi woii .. tapi aku tak sabar dah ni nak upload gambar-gambar kenduri semalan and Alhamdulillah semuanya berjalan lancar .. 

kenduri khatan muhammad farizol naim bin mazlan 

sekarang dah pindah johor dan kenduri pun dah lain .. bukan ala-ala open house mahupun kenduri kawin .. 

LAIN  LAIN   LAIN


DO YOU EVER HEAR ABOUT NASI AMBANG/AMBENG
*i called it nasi ambeng

yang ramai orang jual dekat pasar malam sekarang berharga RM4.50 dan letak berbagai lauk pelik-pelik sampai orang-orang yang pro pasal nasi ambeng pun pelik tengok .. nasi ambeng ni ialah hidangan masyarakat jawa bila buat kenduri contohnya kenduri doa selamat, kenduri arwah, kenduri sambut puasa.. kecuali kenduri kawin orang tak buat macam ni

kenduri ialah pada malam semalam selepas magrib kami jemput jemaah surau tapi asalnya my family bajet untuk 40 orang tapi Alhamdulillah yang datang lebih dari tu sampai penuh luar rumah sampai lah ruang tengah rumah kecuali dapur .. sampai tak cukup pembalut nasi ambeng ni .. tak sangka pertama kali buat kenduri penuh rumah ..

nasi ambeng tu macam mana?

jom adik-adik, mari kakak tunjukkan ye 


ini ialah lemang .. *tipuuu

macam lemang kan .. sebab semalam ramai yang cakap macam tu .. hik! ini lah pembalut nasi ambeng dan secara jujur nya baru semalam aku belajar buat benda ni .. kalau korang nampak yang tak kemas n senget-senget tu conform hasil dari tangan tak bedung aku .. dalam surat khabar tu ada dua helai daun pisang yang agak besar 


orang selalu tanye "buat berapa ambeng?" aku faham ambeng tu macam dulang sebab nasi diletakkan dalam dulang bulat yang besar dan satu dulung boleh dikongsi seramai 4-5 orang .. semalam buat 12 dulang ! 



selepas satu lapisan nasi dilapikkan dengan daun pisang .. atas tu letak lah lauk-lauk dan lauk yang wajib ada mi goreng/mihun goreng .. sayur goreng yang ada soo on, kacang panjang dan seperti yang dilihat .. jugak serunding


ayam masak merah kesukaan peruttt atau ayam masak kicap

paling seronok masa kenduri ialah sebab dapat jumpa sedara mara dan buat bising .. kecoh betul rumah aku semalam sebab habis kenduri ramai-ramai tengok bola .. tapi itu lah yang bestnya kenduri .. mama pesan kalau kenduri orang kita tak datang atau kalau datang tapi jadi patung je macam tu lah orang lain nanti kat tempat kita atau orang pun tak datang kenduri kita ..

rindu nak bising macam kat poly dulu and seriously i miss my syg-syg damn much!


9 comments:

susulemakmanis said...

sedap ke nasi ambeng??kita xpernah mkn sebab nmpak pelik..hehe

Didiey Fadhilah. said...

iskkk sedapnya..Lama tak dpt nasi ambeng !

Unknown said...

uwaaaa... terliur.. :))

AMRI OTHMAN said...

wah...lemang lah...
setiap kali raya mesti buat lemang dgn my ayah...huhu... =')

*nasi ambeng tuhh....walaweh...
org jawa je selalu buat...last mkn 3bulan lepas...sebelum puasa... >.<

cik pinaz said...

kali kedua tengok nasi ambeng ^^
haha kat penang tak de T_T

syafiqa said...

xpenah makan.nak..

khairul akmal bin azman said...

kuning kaler d raja tue..


#nak putera raja lettew

Anonymous said...

uit xpenah mkn pon..1st time tau pasal neyh..

bestkan makan ramai2 :)

YatieOwner said...

mcm nampak sedap ;), tak pernah cuba la dear. insyaAllah, if sampai ke Jb *suami kata nasi ambang popular kat jb* will try this ok ;)