Kesayangan GincoMerahJambu

AIR. PARUT. KULIT

assalamualaikum..

ding ding ding ^_^ 

sekarang syie mazlan dah pandai pindahkan gambar dari henpon kedalam komputer setelah berbulan mencari jalan dan berbulan berguru, masa belajar pandai lepas tu lupa. keh keh keh. *jejoget


sebab sekarang sedang dalam misi kurangkan/hilangkan parut jerawat


syie yakin ramai gadis gadis pun sedang berusaha untuk hilangkan parut jerawat sekarang ni, sekali keluar pulak dekat tv iklan mederma, jadi  terus bukak laptop laju-laju search pasal mederma.


tips: sebelum beli apa-apa pun produk, jika ada masa atau rasa kurang yakin..cuba google dulu tentang produk tersebut supaya tak menyesal dikemudian hari. (^_^) 


syie sendiri beli setelah yakin dengan produk mederma ni mungkin mampu selesaikan masalah sebab produk ini adalah saranan daripada doktor sendiri, (base on review) . tapi malam semalam baru sekali je pakai, jadi tak boleh review lagi cuma boleh cakap, bau dia ok, tak pening kepala..dan tekstur produk pun best tapi pakai ikut arahan baru menjadi ye.


tapi ingat ingat ingat, dalam usaha kita keluarkan duit beli macam-macam ubat dekat internet, dekat farmasi..kita kena jugak ingat yang kita perlukan bantuan air masak atau air suling untuk proses ini. dulu syie pun tak ambil kisah tentang air masak yang kita tak nampak apa bantuan pada kulit kita, tapi percaya lah air masak membantu kita dari dalaman 


tips: minum air masak sebaik sahaja anda bangun pagi, malahan sebelum anda memberus gigi, minum sekurang-kurang nya segelas air masak. ini adalah terbaik untuk sistem dalaman tubuh anda




percaya atau tidak untuk kulit yang cantik kita tak boleh bergantung pada skincare, vitamin dan ubat semata-mata, pemakanan dan tanam sifat istiqamah dalam diri. jangan terlalu cepat putus asa

syie rasa sangat kagum bila membaca blog sis honey nurhaliza tetang nasihat-nasihat untuk cantik yang beliau bagi. sangat berkesan di hati ni, melekat terus dalam kepala bila sekali baca. 


thanks for reading this people
love love love

5 comments:

boni kacak said...

boleh tambah sikit. air masak tu lebih afdal ditukar kepada air suam.hehe. rasanya tu lebih berkesan..

awak sangat cantik :)

Kesuma Angsana said...

betul tu paling penting cantik luar dan juga dalaman!

♥ Miss Hearty ♥ said...

betol tu..pemakanan sgt penting dalam penjagaan kesihatan & kecantikan :)

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

OE setuju...
kalau main beli tak tahu ape2, nanti mesti last2 rasa kecewa dan membazir...
^^

I am Me said...

sis mkin cntik la :) erm, kat mne nak bli mederma tu n how much?