Kesayangan GincoMerahJambu

REVIEW: LATEST SKINCARE ROUTINE

assalamualaikum..

seperti yang dijanji janji kan dari hujung bulan lepas hingga hampir tengah bulan ini syie nak buat review tetang skincare routine yang dah diamalkan selama 5-6 bulan ni.

bukan tak nak buat dari awal dulu tapi biarlah routine ni serasi dan bagus untuk dikongsi dengan orang lain, ye dak? sekarang dah masuk bulan ketujuh amalkan rutin ini jadi dah yakin lah nak bagi taw orang lain. sebab produk dah serasi dengan kulit dah kulit pun tak memberontak sangat.

kecuali lepas-lepas raya ni lah, 

makan melampau punya takde kawalan mana yang berminyak, kolestrol tinggi, terlebih karbohidrat..eh semua pakai tibai jelah ceritanya. jerawat pun pop pop pop keluar, kuku pun boleh tahan asyik kutil-kutil jerawat, lepas tu berparut balik..lepas tu padan muka sendiri dah kelam cari jalan nak hilangkan parut.

sedikit info ye, skincare routine syie cuma bergantung kepada dua produk iaitu sunblock dan cleanser SHJ. 


sebelum ini pun dah pernah review kan?

ini adalah keperluan setiap hari sebelum makeup tapi syie cuma guna sehari sekali sahaja iaitu pada waktu pagi sebab kulit yang berminyak tak sesuai guna moisturizer kerana nanti akan lebih menambahkan kandungan lempaban pada kulit lagi-lagi kalau duduk dalam tempat berhawa dingin. kulit tu macam tertutup, lain lah kalau sentiasa keluar pergi kelas pelembab adalah keperluan sebab tak nak kulit jadi kering nanti. 

ingat taw, kulit berminyak+pakai pelembab+duduk tempat berhawa dingin=hasilkan jerawat

syie pernah tanya pada beauty consultant tersebut, perlu atau tidak untuk saya pakai toner? . tapi beliau jawab kulit awak berminyak dan toner tidak sesuai kecuali awak mungkin perlukan krim yang mengawal pengeluaran minyak pada kulit. 

sebab tu tiada toner dalam rutin ini


this is love!

suka sangat tekstur pencuci muka ini dan buat kulit rasa sangat bersih dan lembut 

cleanser yang syie pakai ni rasanya cleanser terbaik seumur hidup, hihi.. sebab seriously kulit sangat baik dan tekstur cleanser ni pulak banyak buih, jadi bila lepas cuci muka usap-usap pipi aduhh..lembut nya. setakat kulit-kulit kasar dekat tepi mata dan mulut tu memang susah nak muncul sejak pakai ni. 

...........................................

itu sahaja rutin kulit selama ini. tak ada toner tak ada pelembab tak ada krim kecantikan tak ada krim malam

cuma syie ada amalakan sejenis collagen dalam bentuk pil, tapi ini baru masuk bulan kedua jadi tak best lah nak kongsi cepat sangat. tunggu kesan nya lagi dua tiga bulan baru ada berani nak kongsi


dekat pipi kanan tu sebenarya berparut tapi dah makeup jadi tak lah jelas sangat. yang lain kulit tak bermasalah sangat sekarang kecuali berminyak kadang-kadang

misi sekarang nak hilangkan parut jerawat dekat pipi

wish me luck! 

(produk-produk ini adalah edaran CK BEAUTY, tak silap syie hanya boleh didapati di sekitar johor dan melaka) 







7 comments:

Pn Ayu said...

patotlah berseri je muka syie :)

Anonymous said...

tq share tips ni yek

boni kacak said...

manisnya awak ni :)

Anonymous said...

Excellent article. I definitely love this website.
Thanks!
Also visit my web page - Green Coffee Bean Diet

Anonymous said...

For most up-to-date news you have to pay a quick visit the web and on
internet I found this site as a best website
for newest updates.
Check out my blog : Pure Raspberry Ketone

Anonymous said...

Do you have a spam problem on this blog; I also am a blogger,
and I was curious about your situation; we have
created some nice methods and we are looking to swap methods with others, be
sure to shoot me an e-mail if interested.

Here is my web-site; african mango australia

Anonymous said...

My brother suggested I might like this web site.
He was totally right. This post truly made my day.
You cann't imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!

Feel free to visit my web site :: http://nz-hymns.come2See.co.nz/phpBB2/profile.php?mode=viewprofile&u=214269&sid=442b2155a9ebeedcc06fd99580172980