Kesayangan GincoMerahJambu

Tips Pilih Skincare

assalamualaikum, 

awww cakk!!!

tup tap tup tap dah masuk bulan 5 sekarang, umur pun dah bertambah lagi satu angka lepas tu asyik rasa doplohempatjam satu hari tak cukup-cukup, tanggungjawab bertambah, komitmen makin banyak sampai kadang rasa kesian enkorang yang view blog ni hari-hari, baca entri itew yang basi 


jadi hari ni aku nak kongsi dengan korang tips pilih SKINCARE, tapi secara BASIC ye sebab aku tak reti pakai bahasa sains untuk describe jenis kulit korang dengan produk yang mana, bahan-bahan yang macam mana, tak reti tapi aku akan sediakan link supaya senang korang nak tengok apa bahan-bahan yang kita kena jauhi dan kita boleh gunakan (>,<)




TERLALU BANYAK PILIHAN:

ini paling jelas dan nyata, tak cukup dengan deretan jenama skincare dekat market sekarang dalam laman sosial sekalipun dah berderet rangkaian produk baru, bermacam jenama, bermacam fungsi, mencerahkan, menghilangkan jeragat, menghaluskan kulit, dari jenis krim/sabun/sampai jenis ubat suntik pun jual dalam facebook .. haaaa engko berani? cucuk muka sendiri pakai jarum guna ubat beli dalam facebook tanpa nasihat pakar??




BUAT KAJIAN:

hihi, bukan lah maksud aku, korang dilarang sama sekali beli produk dekat facebook sebab aku sendiri pulih dengan produk dari facebook jugak, cuma bila terlalu banyak kita jadi pening, jadi cadangan aku, pilih satu produk yang menawarkan penyelesaian pada masalah kulit korang lepas tu buat kajian, 

PERHATIKAN TESTIMONI PENGGUNA

KAJI BAHAN KANDUGNAN PRODUK

KAJI SAMA ADA PRODUK MENDAPAT KELULUSAN KKM ATAU TIDAK

jangan malu untuk bertanya kepada si penjual tentang masalah anda  dan cara penyelesaikan kerana ternyata mereka ini penjual pasti mereka kenal dengan produk mereka sendiri, ambil lah masa sampai sebulan sekali pun asal kan anda berpuas hati dengan kajian anda dan yakin untuk mencuba





PERHATIKAN BAJET ANDA

ini pun antara pekara yang korang kena pertimbangkan bila nak guna satu produk tu, kata kan lah korang nak spend RM90-RM100 untuk skincare jadi korang kena buat bajet dan konsisten jaga bajet tersebut tiap-tiap bulan, remember tak semua produk mahal bagus, tak semua produk murah tak bagus, 

aku sendiri guna produk murah tapi sangat berkesan dan aku sentiasa rasa puas hati, tak guna kalau korang berhabis beratus ratus sebulan tapi the next month korang dah tak mampu..camno??



JANGAN TERPENGARUH

disini sangat lah penting awak kenal masalah kulit awak, kering/berminyak/sensitif dan jangan mudah terikut kawan , jangan sebab kulit dia cantik awak pun terus nak jugak guna produk yang dia guna, TAK SALAH tapi pastikan awak kenal kulit awak sebetul-betul nya sebab kadar bahan-bahan kosmetik untuk kulit awak mungkin berbeza dengan kulit kawan awak

...........................

paling penting, apa pun skincare/suppliment yang awak nak cuba guna secara konsisten selama tiga bulan dan guna dengan cara yang betul, ini boleh tanya pada penjual awak, dan paling penting minum air masak 3-5liter sehari bagi menggelakan serangan kanser lebih-lebih lagi pada mereka yang mengamalkan suppliment

^_^

till then, 

have a nice day people

XOXO


7 comments:

Mysara Ab Rahman said...

kte kene pilih produk yg bersesuaian dgn jns kulit kte..xbley nk ikut org je kn..

Pn Ayu said...

wahhh..thanks syie for sharing this..betol sgt.bukan boleh amik mudah je bab2 skincare nie.kang menyesal tak sudah je..hehe

lala yusof said...

tips yg bagus

Anonymous said...

Kepada semua Nuffnanger, jom like page Nuffnanger Malaysia untuk tingkat earnings kita semua

Nuffnanger Malaysia

Realiti dan Fiksyen



.::: Princess MOMOY :::. said...

haha. bab terpengaruh tu paling susah nak control
^___^

.::: Princess MOMOY :::. said...

mam supplement klu kurang air boleh sebab kan kanser? bukan boleh sebabkan buah pinggang rosak ker?

nuRuL eTyHa said...

Wahh..sharing tips yang sangat berguna :)