hello follower baru! *bagi kiss sorang satu
pernah tak terjadi bila anda keluar shopping dan masa tu dah masuk waktu solat tiba-tiba tengok dalam beg terlupa bawak bb cream/foundation? lepas tu menggelabah, parut jerawat dah lah merata..adoii malu nyaa!
seriously its happen to me, dan masa tu macam hilang arah sebab wet tissue bawak, untuk lap makeup dah selesai tapi untuk apply makeup lepas tu, takkan nak tabur bedak je? kalau kulit ni gebus macam dulu-dulu takpe jugak..
cerita sedihnya, sejak parut jerawat menguasai diri keyakinan diri pun macam terbang, kalau dulu sikit sikit sekarang dah membukit,
lepas tu baru teringat yang dah bertahun pakai miyami two way cake ni, its two way, jadi selamat sungguh rasanya sebab tahu dalam beg ada compact powder yang boleh dijadikan foundation jugak, nyenyenye! ^_*
caranya tak susah, basahkan sikit span lepas tu dap dekat bedak
tapi pastikan awak tukar span baru lepas tu sebab bila span lembab ia memerangkap kuman dan bakteria jadi nanti boleh membahayakan kulit.
sejak kulit saya jadi terlampau berminyak walaupun kerja dalam aircon untuk sebelas jam sehari, tak pernah sentuh pelembab, saya asyik cari jalan untuk kurangkan kilatan pada muka ni,
then saya terfikir, kenapa saya berhenti pakai bedak bby lepas apply foundation/bb cream? dulu masa saya buat semua tu kulit saya dalam keadaan terbaik, sangat bahagia masa tu,
jadi sekarang saya guna cara lama semula, *_*
sederhana, semulajadi dan tidak keterlaluan.
4 comments:
cantik tdung yang syie pakai.. :) saya pon dulu suka jugak basah kan span dan pakai bedak miami. Hasil memang sangat cantik tapi yang tak tahan nya kulit ni terlampau sensitif .Terus ja naik jerwat yg extrem.. mayb sbb tak pandai nak buat penjagaan yang betol. bedak yang basah tu masuk ke dalam liang-liang roma dan terus tersumbat . psal tu naik jerwat.. :)
saya suka la macam tu.. sederhana dan tidak keterlaluan.. lagipun awak ni natural beauty. tak perlu over2. awak memang cantik.. :)
leeya: mungkin sebab kulit awak sensitif sngt tu dia perlukan produk yang betul2 bagus kalau nk jadikan two way cake ni.. jaga kulit awak elok2 ye..^_^
boni kacak: hihi, malu la syie
Post a Comment