Kesayangan GincoMerahJambu

RANDOM TIPS PART 2

aasalamualaikum..

hai readers, im back!

yang hari tu sekejap je down, sekarang dah ok hati pun berbunga setaman ni, hiks! sebab minggu depan gadis-gadis kesayangan i akan berkumpul kat rumah i lepas tu sure kami akan bergambar sebanyak yang boleh sambil sembang tak ingat dunya. heeee! i excited!

lepas tu korang tengok lah blog ni dibanjir kan dengan gambar..hiks

apa lagi tips untuk cantik yang paling senang nak hafal dan buat? 

hmm..i sendiri pun kalau baca satu-satu tips dalam majalah memang tak ingat semua point tu, banyak sangat..jadi i ringkaskan supaya korang boleh ingat sebab mudah.

kita tukar perkataan tips kepada peraturan supaya diri lebih berdisiplin...gituu


PERATURAN PERTAMA: "JANGAN/ELAKKAN MAKANAN BERMINYAK"

i tak cakap tak boleh langsung, just kurangkan..sebab i sendiri pun rasa tak mampu kalau tak makan semua makanan yang berkilo minyak ni, pagi roti canai tengah hari mi goreng basah, petang cendawan goreng,pisang goreng, keropok lekor, malam bege. hasilnya, kulit i teruk sangat =(


PERATURAN KEDUA: LEBIHKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN

sekarang kan musim durian apa lagi beli durian crepe banyak-banyak..makan.;)  hikhik..

ok tipu..buah-buahan disini bermaksud buah yang membantu mencantikkan kulit kita contohnya epal, oren dan lain2.. at least kalau korang rasa makan sayur tu tak sedap dan mmg tak boleh sentuh sayur langsung, korang boleh amalkan epal merah dengan oren..kan?


PERATURAN KETIGA: VASELINE PETROLIUM JELLY 

sebab? tetiap hari pakai lipstik merah, pink pekat, nude, kesian taw bibir tu, kering nanti..sapu vaseline sekali sehari sebelum tidur pun dah bagus untuk dptkan bibir lembut dan lembab..step yang ini syie memang akan buat setiap hari

kalau nak bulu mata cantik pun sila buat ini jugak taw..sapu vaseline kat bulu mata..mmg remeh tapi cuba buat..mmg best.

PERATURAN KEEMPAT: JANGAN SCRUB MUKA


at least kalau dah dekat dengan hari konvo u olls, hari tunang uolls, hari kawin..elakkan lah scrub muka sebab biasanya bila kt scrub muka ia akan  membersihkan kulit kita dengan cara mengeluarkan jerawat. ini tak tipu. syie dah banyak kali kena..

PERATURAN KELIMA: SCRUB BIBIR


muka tak boleh tapi bibir boleh, tapi kena rajin lah..syie pun kurang rajin buat yang ni.

cara scrub muka  bibir paling senang ialah dengan guna berus gigi..nyenyenye! lepas gosok gigi terus gosok bibir. atau kalau geli boleh guna tuala sebab tuala permuakaan nya sedikit kasar.

atau kalau rajin campurkn satu sudu kecil madu, satu sudu kecil vaseline dan sedikit gula pasir. yang ni paling best! mesti cuba taw.

atau kalau paling malas lah tapi nak cantik dalam gambar sahaja 



beli semartphone download apps camera 360 guna camera depan sahaja dah boleh flawless cenggini.

jangan malu nak mengaku tapi sekarang memang ramai buat macam ni..tapi kenapa pulak tak boleh kan? selagi ia boleh buat kita happy. why not? 


sebenarnya tips ni syie dapat dari satu blog b2b tapi sebab dah lupa nama blog tak dapat creditkan beliau, betul ini sebenarnya ini tips untuk b2b tapi ini jugak boleh kita-kita yang bukan b2b ni amalkan untuk cantik setiap masa. (kecuali tips camera360 tu i reka sendiri) 

9 comments:

Yana Syila said...

ni kumpul sekali boleh next week? hahahaha

Anonymous said...

tak pernah la pulak dgr vaseline letak kat bulu mata. huhu

♥fie yasmin♥ said...

cara scrub muka paling senang ialah dengan guna berus gigi..nyenyenye!

*scrub muka pakai berus gigi?..hehhe

Pn Ayu said...

wahhh..tips berguna neh.thanks dear for sharing ! :)

GincoMerahJambu said...

yana syilla: book tiket datang johor syg..hihi

iyka zulaika: mcm pelik kan? tapi betul ni..seacrh kt utube ramai beauty guru ajar tips ni

GincoMerahJambu said...

fie yasmin: alamak..salah2..hihi

miss hearty: wc dearr!

boni kacak said...

nak ikut jugak lah tip2 tu..hehehe

eyriqazz said...

cool tips...nampak perbezaan before n after...

p.s : komen kalau kat bwh lagi mudah nak cari kot

Unknown said...

nice tips dear.. :) thx 4 sharing.. ^___^